Aku menulis kembali, setelah balik dari ‘ops luar’…
Aku menulis, berkenaan pengalaman, penghayatan, dan apa sahaja pemerhatian yang dapat aku kutip sepanjang ‘ops luar’ yang baru sahaja aku selesaikan. Semasa melaksanakan tugasan luar baru-baru ini, aku bersama-sama dengan salah seorang jurulatih aktiviti pendidikan luar dari Negeri Sembilan.
Hj Daud Mansor namanya… Umurnya hampir 50 tahun, namun beliau masih aktif mengendalikan aktiviti luar untuk remaja, dan institusi pendidikan. Sepanjang 5 hari aku bersama dengannya, banyak juga rahsianya yang dapat aku ‘korek’ (walaupun sebenarnya dia yang memberi). Antaranya adalah tentang ‘kesihatan’ fizikalnya, walaupun sudah hampir 50 tahun, namun beliau masih lagi boleh berlari, mendaki, malah melaksanakan aktiviti air dengan sangat baik (aktiviti air adalah aktiviti pendidikan luar yang paling memenatkan).
Hj Daud memecahkan rahsianya….
“Jagalah 3 masa daripada setiap masa kamu….”
Masa 1 : Masa Solat
Hal ini sangat penting. Solat adalah masa untuk kita mengadap kepadaNya. Baik atau buruk situasi hidup kita, senang atau susah perjalanan kehidupan kita, pasti kita perlu bersemuka denganNya 5 kali sehari semalam. Keadaan ini sebenarnya menggambarkan tentang tuntutan kita sebagai hamba yang perlu ‘melapor diri’ kepada tuan kita apabila telah tiba masanya.
Masa 2 : Masa Makan
Makan adalah keperluan untuk badan. Makan akan membekalkan tenaga dan membina tubuh. Dengan pemakanan yang betul, kita akan sentiasa dapat melaksanakan aktiviti dengan sihat dan teratur.
Masa 3 : Masa Tidur
Tidur pula adalah untuk memastikan badan berada dalam rehat yang tenang dan damai. Dengan tidur, kita akan merehatkan tubuh dan minda setelah seharian melaksanakan aktiviti.
Tiga masa yang dijaga dengan baik, akan membolehkan kita melaksanakan semua tugas kita dengan baik dan lebih teratur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan