Salam kasih sayang….
Tanpa kita sedari, perkataan yang kita gunakan seharian telah banyak membentuk diri kita dan diri orang di sekeliling kita. Inilah yang dinamakan kuasa perkataan.
Perkataan seperti maaf, tolong, dan ucapan terima kasih adalah perkataan yang menggetarkan rasa ketulusan. Jika kita sering amalkannya, pasti orang di sekeliling kita akan merasa sangat hormat dan menyanjung kita. Cuba perhatikan contoh ayat di bawah…
Ayat Biasa | Ayat Luar Biasa |
Boleh tak tunjukkan alamat ni… | Maafkan saya, boleh tak tunjukkan alamat ni |
Cuba letakkan diri anda sebagai orang yang mendengar permintaan di atas. Sebenarnya tiada apa-apa kesalahan pun dalam ayat biasa, namun dengan menggunakan perkataan ‘maaf’ sebagai permulaan untuk meminta tolong, maka ia telah mengubah perasaan orang yang mendengar. Inilah yang dikatakan kuasa perkataan. Dengan hanya menambahkan suatu perkataan sahaja di hadapan ayat yang sama, ia telah menukarkan perasaan dan AURA dalam ayat tersebut.
Cuba gunakan pula perkataan tolong dalam setiap arahan kita. Pasti orang bawahan akan merasa sangat dihargai.
Gunakan juga perkataan terima kasih dengan tulus dan ikhlas setiap kali menerima daripada orang lain. Pasti rasa kesyukuran dan keikhlasan itu terpancar dan menjalinkan rasa yang sukar untuk diperkatakan.
Kuasa daripada minda kita yang sering bergetar; kita tidak nampak ia….
Namun, kuasa minda yang kita alunkan dengan perkataan dan percakapan; kesannya akan kelihatan dengan jelas dan terus di depan mata. Oleh itu, guna dan hargailah ia, kerana ia akan menunjukkan penampilan dan penerimaan orang lain terhadap diri kita. Malah, dengan menggunakan kuasa perkataan ini, kita akan membentuk orang di sekeliling kita untuk menjadi lebih berhemah.
Assalamualaikum.
BalasPadamUntuk menggunakan perkataan yang berhemah, maka kita perlu latih diri agar juga berhemah.
Insyaallah ia akan menjadi sebahagian dari diri kita.
TQ
Sama-samalah kita berusaha agar berjaya menjadi insan yang terbaik...
BalasPadam