Salam penuh AURA kepada semua…
Apa itu AURA?
Setiap benda terdiri daripada partikel kecil yang dinamakan atom (mengikut hukum fizik). Atom itu sendiri terdiri daripada elektrok negatif dan proton positif. Kedua-duanya saling bergerak mengelilingi. Keadaan ini menghasilkan tenaga kerana adanya medan tenaga. Medan tenaga ini akan memancarkan cahaya. Dan cahaya itulah yang dinamakan AURA.
Tak faham?
Lihat sahaja gambar ini…
Gambar ini diambil dengan kamera ‘fotografi Kirlian’. Melalui kamera ini, warna AURA yang tidak tertangkap dengan pandangan mata kasar akan kelihatan. Biasanya terdapat 7 jenis cahaya yang akan kelihatan meliputi pusaran di badan kita. Namun kedudukan, ketinggian, keluasan, dan kecerahan warnanya bergantung kepada setiap orang.
Pada kebiasaannya kita akan memancarkan 7 jenis warna (sama seperti warna pelangi). Namun ada yang mampu untuk memancarkan pelbagai lagi warna hingga mencecah 12 jenis warna. Pasti sahaja bilangan warna dan jenis yang dipancarkan sebenarnya memberi simbol dan erti tersendiri tentang siapa kita. Ini adalah kerana, warna yang dipancarkan ini datang daripada dalam diri kita sendiri.
Catatan seterusnya akan menjelaskan tentang maksud di sebalik warna AURA yang dipancarkan.
Sedikit pembetulan tentang konsep fizik. Hanya elektron yang bergerak mengelilingi nukleus (bercas positif). Memang betul, gerakan elektron itu menghasilkan medan elektrik dan magnet. Cahaya adalah tenaga yang terdiri dari medan elektrik dan medan magnet. Sudah tentu aura yang dihasilkan oleh seseorang itu berbeza kerana perbezaan kekuatan medan magnet dan medan elektrik yang dihasilkan oleh tubuh seseorang itu berbeza.
BalasPadamTerima kasih tuan Norman atas respon ini. Mungkin penulisan saya tersasar sedikit kerana saya sendiri masih dalam proses belajar berkenaan hal ini. Terima kasih sekali lagi kerana membetulkan kesalahan saya...
Padam