Salam penuh kedamaian…
Masih lagi berbicara berkenaan pesanan daripada Hj Daud Mansor. Kelmarin telah kuulaskan berkenaan Masa 1, dan kini adalah sambungannya.
Makan adalah fitrah kepada semua manusia. Tidak kira kecil besar, tua muda, kaya miskin, malah orang kurang siuman juga memerlukan makanan. Namun sedarkah kita bahawa makanan yang kita makan itu adalah punca kepada masalah kesihatan kita…
Tidak kira sesedap mana makanan tersebut, kita seharusnya makan dengan kadar yang sederhana sahaja. Malah Rasulullah sendiri menganjurkan untuk makan selepas lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Ini bermaksud, jangan makan terlalu banyak hingga penuh kantung dalam perut, yang akan membuatkan kita menjadi malas seperti ular kekenyangan.
Cuba lihat pula dari segi masa kita makan. Sekarang, restoran dibuka 24 jam dalam sehari. Ini menunjukkan ada yang masih berminat untuk makan dan minum-minum di gerai pada lewat malam. Hal ini terpulang kepada diri masing-masing….mungkin yang makan di dinihari tersebut baru habis kerja, atau baru tersedar yang diri tak makan lagi kerana kesibukan, dan sebagainya.
Menurut Hj Daud, cubalah luangkan masa makan untuk makan bersama keluarga. Itulah masa makan yang paling utama dalam petua amalannya.
Pada masa kini, urusan keluarga (bekerja dan belajar) sudah tidak menentu. Jadi, masa makan malam adalah masa terbaik untuk berkumpul seisi keluarga. Cubalah sedaya mungkin untuk duduk semeja dan makan bersama-sama dengan keluarga. Makan adalah aktiviti yang menenangkan. Jadi, pada masa inilah, hubungan yang jauh dapat dirapatkan. Pada masa makan bersama ini, kita boleh berbual-bual ringan dan akan dapat merapatkan lagi rasa kasih sayang tersebut…
salam.
BalasPadamsatu nasihat dan peringatan yang baik. insyaallah saya akan terus praktikkannya.
SALAM,
BalasPadamMAKAN BERSAMA KELUARGA TU, KELEBIHANNYA BUKAN SETAKAT MAKAN BERSAMA. INTERAKSI DAN KOMUNIKASI SEMASA MAKAN TU YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA KEMESRAAN. KALAU HUJUNG MINGGU, MUNGKIN SESETENGAH KELUARGA BOLEH MANFAAT JUGA WAKTU MINUM PAGI DAN MAKAN TENGAHARI
setuju !!! setuju !!
BalasPadameven ada yg cakap xelok berborak ms mkn, tp sebenarnya ada jgk kebaikannya..
ms makan saya manfaat utk meluahkn ms ng keluarga..
wpun hanya sekali sehari sbb xckup korum (ahli keluarga)
makan - perkara simple yang besar ertinya. :D
BalasPadamhanya ada time cuti dan hujung minggu untuk makan bersama keluarga...kena gunakannya sebaik mungkin
BalasPadamTn Hj AL,
BalasPadaminsyaALLAH sama-sama kita praktikkan. Perkara yang baik pasti akan memberi kebaikan juga...
Tuan LF,
BalasPadamKomunikasi itu yang penting...
Jadi masa makan adalah masa komunikasi yang boleh digunakan sebab biasanya masa tu le semua akan berkumpul untuk duduk bersama.
Apa yang penting adalah, cara kita semua berkomunikasi. Ada juga kekadang tu nampak macam seisi keluarga berkomunikasi, tapi komunikasi yang tidak berkesan...
Cik Hani,
BalasPadamBetul tu.
Bukan masalah berborak atau berbual, cuma berkomunikasi...
Dan, jangan le pula masa makan tu cakap/borak kuat-kuat, sampai tersembur apa yang ada dalam mulut....
GB...
BalasPadam'Makan besar' pula adalah makan yang memang besar ertinya...
Abah_izz,
BalasPadamBiar sikit, asalkan sentiasa...
Walaupun kita hanya dapat berkumpul sekeluarga dalam jangka masa tertentu cthnya hujung minggu sahaja, namun biarlah ia berterusan. Memang urusan kita tidak dapat ditentukan dengan kata-kata, namun kita boleh berusaha.
Marilah kita sama-sama kekalkan untuk dapat berkumpul sekeluarga untuk makan bersama walaupun hanya sekali seminggu, namun berterusan....