Gelombang adalah getaran yang dilepaskan oleh sesebuah tenaga. Gelombang akan berada dalam alam semesta dan menarik hubungan yang sama dengannya untuk saling bersama.
Contoh gelombang yang paling jelas pada pemikiran kita adalah gelombang radio. Ia tidak nampak, tapi kita tahu ia ada. Gelombang radio itu akan berada di alam semesta dan terus bergetar. Apabila kita menggunakan frekuansi yang sama dengannya, maka ia tertarik dan saling menarik antara satu sama lain (antara radio yang berfrekuansi yang sama, dengan gelombang yang berada di alam semesta). Akhirnya keadaan saling menarik itu menyebabkan kita dapat mendengar gelombang radio itu tadi. Ini adalah kerana kita menarik perkara yang sama bentuk dan getarannya; frekuansi.
Terdapat 4 jenis / keadaan gelombang otak.
1. Beta – Gelombang ini dihasilkan oleh otak dalam keadaan kita sedar dan berada dalam keadaan yang sangat aktif. Frekuansi gelombang ini berukuran 13 – 30 Hz. Keadaan minda kita pada ketika itu adalah minda sedar. Ini adalah kerana minda berada dalam getaran yang sangat aktif. Pada ketika itu, tiada apa-apa saranan yang mampu kita terima kerana getaran yang terlalu kuat. Contoh, semasa berdebat.
2. Alpha – Gelombang ini terhasil semasa kita berada dalam keadaan rehat atau santai. Gelombang yang dihasilkan berukuran 8 – 12 Hz. Orang yang berkhayal akan mengalami gelombang ini pada awal khayalannya. Keadaan ini dipanggil mengelamun. Dia masih boleh mendengar suara-suara orang lain, namun dia tidak mendengarnya dengan aktif kerana sedang mengelamun. Gelombang Alpha adalah gelombang otak separa sedar. Pada ketika itu, pemikiran logik mula semakin lemah, dan sangat mudah untuk menerima saranan sesuatu.
3. Theta - Gelombang ini berfrekuansi 4 – 7 Hz. Minda kita pada ketika ini berada dalam keadaan yang sangat rehat. Orang yang sedang benar-benar berkhayal akan berada dalam gelombang ini. Tahap logik akal sudah hampir tidak ada langsung pada ketika ini dan apa sahaja saranan daripada luar akan diterima dengan mudah. Contoh, orang yang sedang melakukan meditasi.
4. Delta – Gelombang ini paling perlahan, berukuran 0.2 – 3.5 Hz. Contoh orang yang sedang pengsan, atau tidur yang terlalu nyenyak tanpa mengalami mimpi.
payah nk dpt info ni dr blogger lain..
BalasPadamentry padat dgn info
cik hani...
BalasPadamSama-sama le kita berkongsi ilmu yang ada, moga ia membawa rahmat kepada kita semua...