Salam penuh kedamaian buat semua…
Berahkhir sudah tahun 1431 Hijrah, menjelang pula tahun baru 1432. Tahun baru bagi ummat Islam, disambut dengan bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran (itulah yang membezakan dengan sambutan yang lain) memberi penuh makna kepada kita semua. Beruntung dan berbahagialah kepada yang berjaya mengakhirkan tahun dengan bacaan doa, dan memulakan tahun juga dengan berdoa kepadaNya.
Apabila menyebut tentang tahun baru / Awal Muharam, maka kita tidak terlepas daripada mengingati tentang peristiwa hijrah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah; berhijrah dari Mekah ke Madinah. Ungkapan ‘tiada lagi hijrah selepas hijrah Rasulullah’ bermaksud tiada lagi peristiwa seperti itu akan berlaku. Ini adalah kerana, bukan hijrah iaitu meninggalkan sesuatu tempat untuk menuju ke tempat yang lain. Hanya peristiwa hijrah itu sahajalah kejadian hijrah yang akan kekal dalam lipatan sejarah kita.
Namun, pengertian hijrah untuk kita semua, jangan hanya memandang kepada perpindahan ke tempat baru. Sebaliknya hijrah iaitu meninggalkan keadaan diri kita yang lama, kepada menuju diri kita yang baru. Jika dulu, kita sering melambat-lambatkan solat, maka sekarang kita ‘berhijrah’ untuk mengekalkan solat di awal waktu. Itu juga dianggap satu bentuk penghijrahan untuk diri kita masa kini. Ini membawa erti bahawa kita ingin berubah, dan ingin meninggalkan corak kehidupan kita yang lalu menjadi corak kehidupan yang lebih baik di sisiNya.
Hijrah diri menjadi lebih baik…
Hijrah diri menjadi lebih kuat beribadat…
Hijrah diri menjadi seorang yang hebat minda…
salam..
BalasPadaminsyaallah
sesamalah kita
berhijrah ke arah
kebaikkan..amin
Salam maal Hijrah tuan blog!
BalasPadamSemoga kita semua akan melipatgandakan keimanan dan kesungguhan dalam beramal, menjadi orang Islam beriman yang berjaya....
BalasPadam