Salam penuh AURA kasih daripadaku….
Kenapa kita perlu ada AURA yang baik? AURA datang daripada getaran daripada dalam tubuh kita. Jika kita seorang yang tulus, maka kita akan memancarkan warna AURA yang terbaik di sekeliling kita. Warna AURA itu jika dapat dilihat, seperti sebutir telur yang mengelilingi tubuh kita, dari kaki hingga ke atas kepala. Warna yang dipancarkan ini akan mengelilingi tubuh dalam bentuk putaran arah lawan jam. Jika kita berjaya memancarkannya dengan kuat, maka ia akan menjadi semakin besar dan meluas di sekeliling kita.
Pancaran yang luas daripada AURA tubuh akan membentuk jaringan yang kuat dengan orang yang berada di sekeliling kita. Keadaan ini akan menyebabkan orang yang berada di sekeliling kita akan merasa sangat senang, tenang, damai, dan tertarik kepada kita. Hal inilah yang akhirnya timbul ungkapan seperti ‘dia ada AURA…’ Ungkapan ini sebenarnya menunjukkan yang orang lain merasa seronok apabila bersama dengan kita. Malah, apabila melihat wajah, atau mendengar suara kita, akan membuatkan seseorang itu ‘tertawan’.
Namun, bagaimana cara untuk memancarkan AURA yang terbaik, dan sekaligus menarik perhatian orang lain? Seperti yang telah dimaklumkan, AURA datang daripada dalam diri. Jika kita baik, berhati mulia, tenang, dan sentiasa berfikiran positif, maka pasti kita memancarkan AURA yang terbaik untuk menarik perhatian orang lain. Malah, daya tarikan itu akan kekal terasa selagi mana kita berjaya mengekalkannya.
Cara terbaik untuk mengekalkan pancaran AURA adalah dengan melakukan solat dan bermeditasi (zikir, tahajjut, suluh). Ketika melakukan aktiviti seperti ini, diri akan menjadi sangat tenang. Ketenangan inilah yang akan memancarkan AURA yang terbaik daripada dalam diri. Perhatikan tuan-tuan guru, ulama’, ustaz….golongan ini biasanya sentiasa berada dalam keadaan yang tenang kerana melakukan aktiviti seperti di atas. Ketenangan inilah yang terpancar dan menjadi AURA.
AURA seperti sebutir telur itu mungkin sekali akan bocor! Kebocoran ini akan menyebabkan warna AURA yang terpancar daripada dalam diri tidak akan berada dalam lingkungan kita. Hal ini akan menyebabkan kita tidak berjaya menarik perhatian orang lain. Malah, orang lain akan merasa gelisah, rimas, dan tidak sehaluan. Kebocoran ini berlaku apabila kita tidak lagi mengekalkan ketenangan itu. Ini amatlah merugikan diri kita…
aura tu akan terpancar pd wajah org2 yg selalu ingat Allah.
BalasPadam-GC-...
BalasPadamTepat sekali.
AURA yang hebat datang daripada orang yang hebat. Kehebatan itu akan berlaku jika seseorang itu berada dalam keadaan yang tenang. Dan ketenangan itu hanya akan berlaku jika kita sering dekat denganNya....