Isnin, 29 Mac 2010

Senyuman

Setiap masa manusia akan mengeluarkan tenaga (energy). Hukum fizik dan hukum alam telah menetapkan bahawa setiap molekul akan bergetar dan getaran itu berlaku dalam setiap saat mengikut tenaga yang dibebaskan. Sebab itu apabila kita berasa riang, maka 'getaran' perasaan yang terhasil berbeza dengan perasaan semasa kita berasa sedih. Walaupun ada yang kita lihat seseorang itu gembira sehingga mengalirkan air mata, namun perasaan semasa mengalirkan air mata itu berbeza sama sekali dengan perasaan mengalirkan air mata semasa sedih.

Senyuman adalah salah satu perlakuan manusia. Getaran tenaga yang berlaku dalam senyuman akan membuatkan manusia akan berasa tenang, riang, gembira, bahagia, dan damai. Getaran itu akan berterusan selama mana manusia menguntumkan senyumannya.

Apa yang lebih penting adalah konsep tenaga yang dibebaskan.
Semasa manusia mengalirkan tenaga senyum ke alam semesta, getaran senyuman itu akan menarik lebih banyak getaran yang sama menghampirinya. Oleh itu lebih banyak senyuman akan mendekati orang yang memberikan senyuman. Hal ini memang tidak dapat disangkal lagi kerana jika kita memberikan senyuman kepada orang lain, pasti senyuman itu bersambut dan dibalas dengan senyuman juga. Dalam hal ini, orang yang memberikan senyuman akan menerima balik senyuman itu daripada orang lain. Namun ada juga yang berlaku apabila senyuman itu tidak berbalas, tetapi hal ini adalah sedikit sahaja dan mungkin ada perkara lain yang berlaku yang menyebabkan senyuman tidak berbalas.

Keadaan memberi senyuman dan menerima senyuman ini adalah merupakan contoh jelas tentang getaran frekuansi yang dibebaskan ke alam semesta menarik balik getaran yang sama menghampiri kita. Bayangkan jika kita mempraktikkan hukum ini kepada perkara lain seperti menarik kekayaan. Lepaskan getaran frekuansi kekayaan, maka frekuansi kekayaan itu akan hadir kepada kita dan menjadi milik kita nanti.

Dalam Islam sendiri sering dianjur memberikan senyuman. Rasulullah pernah bersabda berkenaan dengan memberi sedekah, dan ada sahabat yang mengadu tidak memiliki apa-apa untuk diberikan kepada orang lain sebagai sedekah. Lantas Rasulullah menganjurkan berikan senyuman kerana senyuman adalah sedekah rohani kepada sahabat kita. Senyuman yang ikhlas akan membuatkan sahabat kita merasa tenang dan damai. Itulah yang dinamakan sedekah rohaniah yang diberikan kepada orang lain.

Senyum dapat menarik hukum senyuman yang sama menjadi milik kita.
Senyum adalah sedekah rohani kepada sahabat.
Senyum akan membuatkan kita berasa tenang dan damai.
Senyum akan menguatkan hubungan persahabatan.
Senyumlah...
Senyumlah...
Senyumlah dengan ikhlas bermula hari ini untuk mendapatkan semua kebaikannya...

Jumaat, 26 Mac 2010

Mind Power Basics

Mind Power Basics

John Kehoe talks about:
"The Beginning of Wisdom"

Let’s get to the basics of Mind Power. All physical reality is made up of vibrations of energy. Your thoughts too are vibrations of energy. This is not a concept or theory, but rather the startling new reality that quantum physics now reveals to us. Your thoughts have a powerful influence; they affect what happens to you. To know this is to know something great.

Most of us go through our waking hours taking little notice of our thought processes: how the mind moves, what it fears, what it heeds, what it says to itself, what it brushes aside. For the most part we eat, work, converse, worry, hope, plan, make love, shop, play, all with minimal attention paid to how we think. This is unfortunate, for we are neglecting one of the most important and powerful forces in our life.

Mind Power is directing your thoughts toward a desired outcome. Put simply, what you focus on you attract. Focus on success and you attract success. Focus on fear and failure and you attract failure. Mind Power is understanding these laws and making our thoughts work for us. Your thoughts are the primary creative forces in your life. Use them consciously and use them often and you will awaken to a whole new life of power and opportunity.

A New Life Is But a New Mind

If you want to make changes in your life, you must look to the causes, and the causes are almost always the way you are using your mind — the way you are thinking. You cannot think both negative and positive thoughts at the same time. One or the other will dominate. The mind is a creature of habit, so it becomes each individual’s responsibility to make sure that positive emotions and thoughts constitute the dominating influence in their mind.

In order to change external conditions, you must first change the internal. Most people omit this step. They try to change external conditions by working directly on those conditions. This always proves futile, or at best temporary, unless it is accompanied by a change of thoughts and beliefs.

Awakening to this truth, the way to a better, more successful life becomes crystal clear. Train your conscious mind to think thoughts of success, happiness, health, prosperity, and to weed out negativity such as fear and worry. Keep your conscious mind busy with the expectation of the best, and make sure the thoughts you habitually think are based upon what you want to see happen in your life.

Water takes the shape of whatever container holds it, whether it be in a glass, a vase or a riverbank. Likewise, your mind will create and manifest according to the images you habitually think about in your daily thinking. This is how your destiny is created. A new life is created by new thoughts.

Dipetik daripada John Kehoe ; http://www.learnmindpower.com/

Petikan ini adalah penerangan ringkas berkenaan dengan kuasa minda yang dikurniakan ALLAH kepada semua manusia. Fahami dan hayati keupayaannya...

Selasa, 23 Mac 2010

Sayangnya Mat Jenin...

Kuasa minda ini banyak cabang dan haluan untuk memilikinya. Selain dari kuasa menulis, ada suatu lagi perlakuan yang sentiasa perlu ada kepada sesiapa yang cuba untuk menguasai mindanya dengan kuasa power ini. Perlakuan yang dimaksudkan adalah visualisasi.

Visualisasi adalah merupakan gambaran mental tentang sesuatu. Bukan hanya sekadar menggambarkan sahaja pada kotak fikiran, sebaliknya lebih menghayatinya ke peringkat perasaan dan keseronokan (emosi), malah ada yang berjaya sampai ke peringkat yang lebih tinggi seperti merasainya dan bau tentang perkara yang difikirkan.

Dalam erti kata yang mudah, visualisasi adalah berangan.
Tetapi awas! Berangan bukan sebarang berangan. Berangan yang ini ada matlamat dan visi yang jelas yang perlu dicapai dalam mengangankannya.

Pernahkah anda berangan untuk mendapatkan sesuatu? Angan yang nyata dan mampu untuk anda realisasikan dalam pencapaian anda. Dalam visualisasi, bukan hanya ada angan-angan itu sahaja, malah kita dapat merasakan apa yang kita impikan itu memang pasti yakin berjaya anda miliki suatu hari nanti. Kesannya, ia memang benar-benar berlaku dan anda berjaya memilikinya.

Masih ingat dengan cerita dongeng Mat Jenin? Mat Jenin (MJ) adalah contoh perlakuan orang Melayu yang suka berangan. Sebenarnya dalam cerita ini digambarkan betapa buruknya perlakuan berangan ini. Namun di sebalik moral yang memang acap kali disogokkan kepada kita itu, ada tersimpan satu misteri kehebatan kuasa minda manusia. Angan-angan MJ adalah contoh visualisasi. Dalam cerita tersebut, MJ sedang memanjat pokok kelapa kerana mengambil upah untuk mendapatkan sesuap nasi. Semasa sedang memanjat MJ telah mula berangan tentang hasil pendapatannya hari ini untuk membeli anak ayam.

Kononnya anak ayam itu akan dibela sehingga besar dan membiak dengan banyak. Kemudian ternakan ayamnya yang banyak itu akan dijual dan MJ akan membeli pula dua ekor kambing. Sama seperti ayam tadi, kambing itu akan dibela sehingga membiak dan beranak-pinak. Kemudian kambing yang banyak itu dijual pula sehingga mampu pula MJ menternak lembu....

Kisah angan-angan MJ ini berterusan sehinggalah dia berjaya berkahwin dengan puteri raja. Penutup cerita ini MJ terjatuh dari pokok kelapa yang sedang dipanjatnya kerana terlalu gembira ingin memeluk puteri raja tersebut.

Dari segi moralnya, cerita ini sering digunakan oleh generasi tua untuk mendidik anak-anak agar jangan kuat berangan. Benarkah begitu?!
Benar, dan tidak benar!

Benar, kerana jika terlalu kuat berangan, kita hanya mampu bermimpi di siang hari. Hanya berangan dan bervisualisasi untuk mendapatkan sesuatu tanpa melakukan apa-apa untuk memilikinya.
Tidak benar, kerana angan-angan dan visualisasi inilah punca kepada peningkatan kuasa minda dan semangat untuk kita memiliki impian kita itu.

MJ telah menunjukkan contoh visualisasi kepada kita untuk memiliki sesuatu.
Sayangnya MJ....telah berangan dan bervisualisasi dalam tempoh yang terlalu panjang. Dari memiliki ayam ke kambing ke lembu ke kapal dagangan dan berahhir dengan anak dara puteri raya yang ayu. Itulah kesilapan MJ, angan-angan yang terlalu panjang dan terkeluar daripada kehendaknya yang sebenarnya.

Jadi, bagaimana untuk melakukan visualisasi yang betul? Nanti dikhuatiri visualisasi hanya menjadi angan-angan MJ pula!
Caranya ialah tetapkan apa yang kita benar-benar kehendaki sahaja, saat itu sahaja. Fikirkan betul-betul tentang yang kita ingin miliki pada ketika itu sahaja dengan sebenar-benarnya, dan bukan melayang dan terus melayang hingga tak berpijak di bumi yang nyata.

Teknik untuk melakukan visualisasi akan diutarakan nanti dengan lebih jelas...

Ahad, 21 Mac 2010

Kuasa Menulis

Kuasa minda yang terdapat pada manusia adalah kuasa yang sangat hebat dan tidak dapat dihuraikan secara asas sahaja. Ia perlukan kajian dan hasil dapatan secara ilmiah untuk menunjukkan kebenarannya kepada semua.

Kuasa menulis adalah salah satu cara untuk membangkitkan keupayaan kuasa minda. Ramai antara kita yang bisa menulis, sama ada tulisan di kertas, atau menaip di komputer. Bentuk penulisan adalah pelbagai dan tidak sekata. Namun apa yang dimaksudkan dengan kuasa menulis ini ialah menulis dengan tangan pada kertas.

Semasa proses menulis, getaran minda berkenaan dengan apa yang ditulis telah bersatu dengan kehendak diri dan kuasa alam. Sebagai contoh, seorang budak sekolah menulis tentang impian kejayaannya dalam peperiksaan. Semasa menulis tersebut, budak itu telah menghantar isyarat kepada mindanya untuk mencapai apa yang ditulis. Pada ketika ini isyarat getaran minda telah menerima tentang apa yang dimahukan dalam diri budak itu dan mula 'bekerja' untuk merealisasikan keinginan tersebut.

Pernah cuba untuk melihat kebenaran kenyataan ini?
Cubalah sekarang...
Ambil sekeping kertas dan sebatang pensel.
Dengan hati dan jiwa yang tenang, fikirkan tentang apa yang kita mahukan.
Opss! Tapi awas, pastikan apa yang kita mahukan itu adalah sesuatu yang memang benar-benar kita impikan. Ia juga haruslah realistik dan mampu dicapai.
Apabila kita telah menetapkan apa yang diimpikan, maka mulalah menulis tentang impian itu. Tulis dengan penuh tentang impian itu. Tulis dengan jelas dan nyata tentang apa yang diimpikan itu.

Contoh 1:
Aku akan mendapat kejayaan 5A dalam peperiksaan UPSR 2010.
BM Pemahaman = 90 = A
BM Penulisan = 94 = A
B Inggeris = 90 = A
Matematik = 94 = A
Sains = 94 = A

Contoh 2:
Aku akan menjadi kaya sebelum hujung tahun 2010.
Aku ingin memiliki sebuah motosikal dan membeli sebuah rumah dua tingkat kepada ibu bapaku.

Ulasan :
Contoh 1 merupakan catatan penulisan dari hati budak sekolah rendah yang akan menduduki UPSR 2010. Kenyataannya jelas dan nyata. Apa yang penting adalah tulisannya adalah realistik dan boleh dicapai. Sesungguhnya pada ketika saat berakhirnya penulisan itu dibuat, maka kuasa mindanya telah mula bekerja untuk mencapai kejayaan yang diimpikan itu.

Contoh 2 pula ada contoh penulisan yang dangkal. Ia tidak spesifik dan terlalu umum. Malah ia langsung tidak realistik, bagaimana seorang budak sekolah rendah mampu untuk menjadi kaya kerana masih belajar dan tidak bekerja. Walaupun kemungkinan ia boleh berlaku atas perkara yang tidak diduga dan tercapai dek akal, namun ia masih terlalu jauh untuk menemui keyakinan mencapai apa yang dihajatinya. Maka pada ketika itu, kuasa minda yang mula hendak bekerja mendapatkan hal itu telah mati dan tidak akan melaksanakannya.

Fikir-fikirkan apa yang anda hajati...
Renung-renungkan kejayaan yang pasti...
Tulislah dari hati...
Kuasa minda akan mula bekerja tanpa menanti...

Selamat mencuba.

Selasa, 16 Mac 2010

Cara berfikir

Berfikir adalah cara untuk manusia mengolah dan mengendalikan perjalanan penaakulan terhadap sesuatu. Kesan yang mungkin berlaku apabila proses berfikir dilaksanakan ialah akan dapat membuat keputusan, rumusan, perbandingan, dan sebagainya.

Tahukah kalian bahawa semasa manusia berfikirkan sesuatu, sebenarnya dia sedang menghantarkan gelombang pemikiran itu ke alam semesta...?
Apa yang sedang berlaku pada ketika itu sebenarnya..?

Mengikut ilmu kuasa minda, otak manusia ciptaan ALLAH ini adalah penciptaan yang maha agong yang menjadikan manusia itu lebih sempurna dan mulia di sisi ALLAH berbanding makhluk lain. Ini adalah kerana semasa otak dan minda melaksanakan pemprosesan maklumat, maka ia sedang mengeluarkan gelombang yang tidak mungkin akan dapat kita lihat dengan mata kasar. Gelombang ini akan bertebaran di alam semesta dan menarik atau mengisyaratkan kepada gelombang yang sama dengan frekuansi yang dilepaskan. Hal ini akan membuatkan daya tarikan kesamaan berlaku antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan isyarat yang sama akan saling mendekat dan bertautan.

Penjelasan :
Apabila seseorang lelaki sedang dalam keadaan tegang kerana terlewat untuk menghadiri perjumpaan di sebuah bangunan. Masalahnya sekarang ialah dia tidak dapat parkingkan keretanya di kawasan yang sesuai kerana tiada ruang kosong. Apa yang perlu dibuat dan dilaksanakan oleh lelaki itu?
Seharusnya lelaki itu bertenang dahulu. Bertenang akan membuatkan badan, emosi, dan minda menjadi lebih stabil dan bersedia melaksanakan tugas yang disarankan nanti. Apabila sudah bertenang sebaik-baiknya, maka mulalah mengeluarkan gelombang keinginan untuk mendapatkan parking. Emosi, pemikiran, dan mungkin perkataan juga akan melaksanakan tugas ini bersama-sama untuk menarik peluang mendapat parking yang sesuai dan selamat.

Contohnya dalam keadaan tenang begini mulalah berdoa..."Ya ALLAH, aku sudah lewat ni ya ALLAH. Aku nak parking kereta ni ya ALLAH... Berikanlah tempat parking yang terbaik dan selamat untukku ya ALLAH..."

Pengucapan ini disusuli dengan bayangan (visualisasi) tentang peluang untuk mendapat parking yang sangat mudah. Dalam masa yang sama getarkan rasa sangat gembira (peranan emosi) dalam hati tentang peluang mendapatkan parking tadi.... diakhiri dengan rasa bersyukur yang amat sangat.

Jika perkara ini dilaksanakan dengan baik, maka pada ketika itu lelaki tersebut telahpun menghantarkan gelombang keinginan untuk mendapatkan parking. Jika ia benar-benar berjaya melaksanakan apa yang disarankan ini dengan nyata (tentu sahaja perlukan latihan untuk meningkatkan keinginan gelombang ini), maka pasti ada sahaja peluang untuk dia mendapatkan parking dengan mudah selepas itu.

Sebenarnya ini bukanlah perkara dongeng atau khayalan ciptaanku, atau ciptaan penulis-penulis sebelumku. Kenyataannya perkara ini memang dapat dilaksanakan dengan beberapa siri latihan yang dilaksanakan. Aku sendiri suatu ketika dahulu tidak percaya langsung dengan perkara-perkara seperti ini. Namun apabila sudah berjaya menghasilkannya, maka aku sangat teruja untuk sentiasa melaksanakannya pada setiap perkara yang aku inginkan...


Sabtu, 13 Mac 2010

Zikir meningkatkan ketenangan

Bagi orang muslim, ibadat seperti berzikir adalah satu cara untuk membentuk ketenangan. Ketenangan yang hadir adalah kerana jiwa berada dalam aman, sejahtera, dan damai pada ketika aktiviti berzikir dijalankan.

Dalam dunia kuasa minda, semasa seseorang itu sedang berzikir, maka getaran gelombang minda yang berlaku pada manusia itu akan menurun ke tahap yang sangat perlahan. Pada ketika ini, jiwa manusia akan sangat tenteram dan menerima apa sahaja saranan yang hadir. Jika pada ketika ini, dalam jiwa manusia mensarankan diri untuk menjadi manusia yang sangat baik, maka setiap perilaku yang berlaku selepas ini akan menjurus kepada kebaikan bagi manusia tersebut.

Pada masyarakat lain seperti orang India, aktiviti yoga adalah contoh yang terbaik untuk menunjukkan ketenangan jiwa. Begitu juga dengan masyarakat Cina yang mengamalkan chi sebagai satu usaha untuk menenangkan jiwa.

Aktiviti berzikir, selain dari menenangkan jiwa, terdapat juga kebaikan lain yang akan berlaku. Ini bergantung kepada niat seseorang semasa melaksanakan aktiviti berzikir tersebut. Apa yang dimaksudkan ialah ganjaran pahala kesan daripada perlakuan zikir tersebut.

Cubalah sentiasa berzikir dalam hati. Mulakan dengan amalan berzikir yang mudah-mudah seperti menyebut berulang kali kalimah ALLAH....ALLAH....ALLAH, kemudian apabila sudah stabil dan terbiasa maka teruskan berzikir dengan kalimah atau ungkapan yang lebih panjang seperti selawat, atau doa-doa pendek yang lain. Pasti ada sesuatu kesan yang baik yang akan berlaku dalam kehidupan diri kita.

Sabtu, 6 Mac 2010

Air dalam kuasa minda

Pernahkah kita terfikir, kenapa sejak dulu lagi, masyarakat melayu menggunakan air sebagai bahan medium untuk melakukan ritual rawatan? Hal ini jelas diperhatikan semasa bomoh, pawang, atau dukun, malah ustaz-ustaz, sering menggunakan air sebagai salah satu saluran untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Hal ini diperjelaskan dari perspektif sains bahawa air mengandungi molekul yang boleh berubah-ubah. Perubahan molekul air akan berlaku apabila disebutkan perkataan-perkataan tertentu pada permukaan air tersebut. Molekul air yang berbentul seperti bintang kristal tersebut akan berubah menjadi bintang kristal yang berkilauan apabila disebutkan perkataan-perkataan yang baik padanya. Inilah sebab dan kebaikannya jika semasa kita minum air dibacakan bismillah, atau doa-doa lain. Perubahan molekul air akan terbentuk menjadi lebih bercahaya dan bersinar, walaupun kita tidak dapat melihatnya.

Dari segi ilmu kuasa minda pula menjelaskan bahawa air akan memberikan suatu kesan yang baik kepada penggunanya kerana menjadi talian yang jelas antara pesakit dengan ahli perubatan. Jika seseorang itu sakit dan berjumpa dengan pengamal perubatan, dia dapat melihat sendiri bagaimana pengamal perubatan itu membacakan ayat-ayat Al-Quran, atau jampi mentera (pawang dan dukun) pada air. Air yang sudah 'ditawarkan' itu kemudiannya dibuat minum atau mandi. Pada ketika ini minda pesakit menghantarkan mesej dan keyakinan bahawa air tersebut memang akan memberikan kesan kepada penyembuhan penyakitnya. Lantaran keyakinan yang tinggi yang berlaku pada minda tersebut, maka akhirnya pesakit itu sembuh. Dalam hal ini, molekul air yang bercahaya itu, ditambah dengan keyakinan kuasa minda pesakit menyebabkan menjadi asbab kepada penyembuhan penyakit.

Air juga menjadi salah satu bahan terapi kepada penggunanya. Jika dikaji pada masa dahulu, air yang sangat bersih dapat diperolehi dengan mudah di sungai, mata air, dan sebagainya. Air yang bersih akan menjadi terapi atau penyembuhan yang terbaik kepada pesakit kerana apabila air tersebut diminum akan mengalirkan sumber mineral terbaik dalam tubuh badan manusia. Namun sekarang ini sukar sekali kita dapat memperolehi air terbaik seperti ini kerana masalah pencemaran dan toksid berlebihan dalam sumber air. Namun, peralatan penapis air mungkin dapat memberikan jalan penyelesaian kepada masalah ini. Penapis air seperti RX-Water yang mempunyai seramik terbaik dan masih baru, dapat meneutralkan sumber air yang ingin ditapis. Keadaan ini menyebabkan sumber air yang ditapis itu bebas dari toksid dan bahan 'cemar' lain yang dimasukkan ke dalam air untuk membasmi kuman. Malah penapis-penapis air yang ada di pasaran juga cuba mengekalkan kandungan oksigen dalam air semasa proses penapisan ini berlaku. Oksigen yang banyak dalam air akan memberikan kesan pemulihan dan kesegaran kepada tubuh badan manusia. Oksigen dalam air bagi air yang dimasak telahpun hilang semasa proses pemanasan air. Oleh itu, penggunaan penapis air amat digalakkan kepada kita buat masa kini kerana air yang ditapis tersebut bebas dari toksid dan bahan cemar lain malah mengekalkan kandungan oksigen dalam air.

Selasa, 2 Mac 2010

Salam pembukaan

Salam sayang untuk semua.

Rasa terharu kerana ini adalah post pertama aku dalam blog ini. Bukan kerana pertama kali aku menulis di blog, tetapi ini adalah tulisan pertama aku dalam blog yang baru ini. Blog aku yang lama sudah dimusnahkan akibat serangan virus. Segalanya kerana aku terlalu banyak memasukkan turutan blog daripada teman-teman dan blog-blog yang aku minati. Rupanya dalam salah satu daripada blog yang aku ikuti itu terkandungnya virus internet tahap gaban yang akhirnya memusnahkan blog lama aku.

Kini, ibarat memulakan hidup baru...
Aku menulis lagi dalam blog baru ini untuk mengisi kepuasan hidup. Memang minat aku dalam penulisan. Lantaran itu aku akan terus menulis dalam blog ini untuk renungan aku dan renungan kalian yang mungkin 'tersesat' ke sini.

Semoga apa yang aku tuliskan nanti akan memberi faedah dan manafaat kepada diriku dan kalian yang membacanya. Jika ada kekurangan atau fakta yang tidak dipersetujui, maka aku mengalu-alukan kalian untuk menegurku.