Salam penuh kebahagiaan…
Selain solat (kerohanian), dan makan (jasmani/tubuh badan), maka perkara yang perlu diberi perhatian adalah tidur. Tidur adalah waktu untuk memberi ketenangan dan kerehatan kepada badan. Biasanya kita akan tidur pada waktu malam. Ini adalah fitrah; kerana pada siang hari kita bekerja dan kemudian malamnya kita berehat. Namun ada juga orang yang akan tidur pada siang hari terutama waktu tengah hari. Ini tidak salah, namun jangan terlalu dilebihkan tidur pada siang hari itu.
Masa tidur (malam) adalah masa yang paling sesuai untuk berehat. Semasa tidur, bukan hanya sekadar kita merehatkan badan sahaja, malah yang paling utama pada ketika inilah kita dapat merehatkan minda kita. Jika anda seorang pelajar, masa tidur yang sesuai cukup diperlukan. Ini adalah kerana, semasa tidur itulah, minda anda akan menyusun kembali maklumat dan fakta yang diterima untuk menentukan tahap kepentingannya. Dengan kata lain, setelah menerima sesuatu maklumat, minda akan menyusun kembali fakta itu berdasarkan keutamaan untuk dimasukkan ke dalam memori jangka panjang atau memori jangka pendek. Semuanya dilakukan semasa tidur.
Tidur yang cukup akan mempengaruhi prestasi kita. Dengan tidur yang cukup bermakna badan kita akan kekal cergas setelah bangun dari tidur nanti. Oleh itu kita akan dapat melaksanakan tugasan kita dengan lebih baik dan cekap. Oleh itu, tidur yang cukup amat diperlukan.
tidur adalah rehat yang baik untuk badan
BalasPadamsalam..
BalasPadamermmmm...bila berblog ni
byk masa tidurku terbuang
alahai..nak qada bila bercuti..he he
Adik Comel...
BalasPadamLa ni sedap le hang tidoq no...?!
Tidoq berdua!
zulkbo...
BalasPadamTidur untuk merehatkan minda,
Berblog untuk mengaktifkan minda,
Kira sama-sama ok le tu...