Rabu, 8 Disember 2010

Gelombang Otak ~ 2

tonton tv

Setelah memahami tentang empat jenis gelombang otak yang kita ada, hari ini aku akan menjelaskan pula kesannya kepada diri kita.  Gelombang otak kita memang sentiasa berubah-ubah.  Apabila berada dalam keadaan yang mencabar, gelombang otak kita berada di tahap beta.  Pada ketika ini, memang sukar untuk kita menerima apa sahaja pandangan dan saranan daripada orang lain.

Contohnya, semasa kita berada dalam keadaan marah, atau bergaduh, gelombang otak akan memancar dengan kuat (ada yang mencapai 50 Hz).  Pada ketika ini, apa sahaja pandangan orang yang tidak sependapat dengan kita, pasti kita akan menolaknya mentah-mentah.  Sebab itu, apabila seseorang berada dalam keadaan marah dan tertekan, cara untuk meredakan keadaan adalah menyuruhnya bertenang dahulu.  Minta dia duduk, tarik nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan, atau mungkin boleh meneguk sedikit air.  Keadaan ini akan menyebabkan gelombang otaknya kembali menurun.  Kemudian barulah boleh dibawa berbincang.

Semasa menonton filem, atau cereka tertentu, atau semasa membaca sebuah novel menarik, gelombang otak kita mudah berada pada tahap alpha.  Ini menunjukkkan kita sudah berada dalam keadaan hampir masuk ke alam khayalan.  Contohnya bagi perempuan (sorry, hanya sekadar contoh yang biasa dilihat) yang suka melihat filem Hindi.  Filem Hindi memang terkenal dengan gaya menceritaan dan lagu yang mengasyikkan.  Pada ketika menonton tersebut, penonton terutama perempuan (sorry sekali lagi) mudah dibawa ke alam khayalan.  Ini adalah kerana pada ketika menonton tersebut, gelombang otak kita berada dalam keadaan yang sangat tenang dan santai.  Oleh itu keasyikan cerita dapat diterima terus oleh penonton.  Malah ada yang terbawa-bawa hingga mampu mengalirkan air mata apabila sampai ke plot cerita yang sedih.  Ini menunjukkan yang gelombang otak tadi telah benar-benar berada dalam tahap alpha hingga mampu menerima saranan daripada cerita tersebut.

Bukan itu sahaja, seketika kemudian, dipaparkan pula dengan iklan tertentu.  Oleh kerana semasa menonton tadi kita telah berada di tahap alpha (yang mudah menerima apa sahaja saranan luar) maka kita mungkin akan terpengaruh untuk membeli barangan yang diiklankan semasa sedang asyik menonton tadi.  Ini akan lebih jelas berlaku jika kita memang hendak memiliki sesuatu yang ditunjukkan dalam iklan tersebut.  Jadi berhati-hati, kerana inilah peranan iklan di televisyen.  Sedang asyik dengan plot cerita yang menarik, kita disogokkan dengan iklan.  Kenapa?  Tidak bolehlah iklan disiarkan semasa plot cerita masih mendatar?  Ini adalah kerana pada masa inilah penonton sangat mudah dipengaruhi.

12 ulasan:

  1. gelombang otak tak sama dgn gelombang tsunami, tapi dua2 bahaya. rite?

    BalasPadam
  2. -GC-...

    Memang betul, gelombang otak boleh menjadi sangat bahaya jika kita tidak mampu mengawalnya.

    BalasPadam
  3. info yg menarik :)

    BalasPadam
  4. Betul la..kalau tgh marah tu orang cakap ape pun semua x betul...bila dah cool n fikir balik baru nyesal..

    BalasPadam
  5. wah....patut la masa tgh tenang tenang dgr iklan mekdi teru rasa lapar nak gi beli! hahaha

    BalasPadam
  6. wah .. banyak maklumat ilmiah dalam entri ini.

    dulu kita tengok cerita diselangseli oleh iklan. sekarang kita tengok iklan, diselangseli oleh cerita.

    betul tak ?

    orang tengah marah, tak boleh ke kita tampar muka dia nak bagi dia tenang semula ?

    BalasPadam
  7. wah menarik la info psl gelombang ni..ptt la iklan melambak2 masa tgh syok2 tgk cerita..hehe...

    BalasPadam
  8. mak dara TERdiva...

    Sama-samalah kita fikirkannya...
    ;)

    BalasPadam
  9. Cik SHINJU...

    Sebab tu kita kena sentiasa tenang. Baru le dapat jadi insan yang sentiasa memberi kebaikan dan kebahagiaan kepada orang lain.

    BalasPadam
  10. GB...

    Semua tu gambaran minda terhadap sesuatu. Daya tarikan akan berlaku dan kita terus memikirkannya...

    BalasPadam
  11. Tn Hj AL...

    Memang betul.
    Sekarang ni iklan berebut-rebut nak dipaparkan di tv. Tengok cerita 5 minit, iklan 10 minit.

    BalasPadam
  12. Tomato Gurl's Life...

    Itu le keadaannya.
    Apa yang lebih membimbangkan jika ada agenda tersembunyi di sebalik iklan tersebut...

    BalasPadam