Sabtu, 11 Disember 2010

AURA ~ 1

Salam penuh kasih sayang kepada semua…

Sudah lama aku tidak ke sini.  Ini adalah disebabkan masaku banyak ditumpukan kepada membuat ulang kaji.  Ya, ulang kaji!  Kerana musim peperiksaan OUM sudah kembali….

Untuk catatan hari ini dan seterusnya, aku akan membicarakan tentang AURA.  Aku akan menjelaskan secara sepintas lalu apa yang dimaksudkan dengan aura, keadaannya sesuai dengan kuasa minda kita, dan pandangan Islam berkenaan dengannya.

Anda tahu apa itu aura?

mawi

Bila sebut pasal aura, ada yang teringatkan MAWI.  Maaf, aku bukanlah peminat Mawi, atau mana-mana artis, namun aku terpaksa menggunakan subjek Mawi sebagai gambaran.  Suatu masa dahulu, heboh diperkatakan, ‘Mawi ada AURA tersendiri…’  Jadi, apa sebenarnya AURA?

Adakah AURA hanya ada pada seorang yang bergelar artis sahaja?

Bagaimana pula dengan individu ini?

tok guru

Dan ini?

 mahathir

Adakah mereka juga mempunyai AURA tersendiri?  Sebenarnya, AURA ada pada setiap manusia.  Kuulangi, setiap manusia ada AURA, termasuk diriku dan diri kalian.  AURA adalah liputan molekul cahaya yang dikeluarkan daripada minda kita, meliputi seluruh badan kita.  Ia akan melingkari badan kita keseluruhannya berbentuk seperi ‘telur ayam’.  Lingkarannya akan berpurat mengikut arah lawan jam. 

Bagaimana ia terbentuk?

Apa kebaikan dan keburukannya kepada kita?

Nanti jawapannya, nak sambung study sikit lagi…. :)

8 ulasan:

  1. Alaaa...saspen jek..
    huhuh...semua org ade aura
    tp x semua aura tu kuar kan? kan? kan?

    BalasPadam
  2. Cik SHiNJU...

    Betul, tepat sekali. Ada aura yang terpendam, ada aura yang berjaya menjadi penarik, ada ada aura yang bocor. Nantikan catatan saya nanti...

    BalasPadam
  3. tak ramai yg ada aura kan. hanya insan terpilih, yang penting bukan GC. haha.

    BalasPadam
  4. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. TERUSKAN MEMBERIKAN HURAIAN

    BalasPadam
  5. -GC-...

    Tahu, dan faham...adalahh dua perkara berbeza. Kekadang kita tahu, tapi tidak faham. Namun, yang faham pasti sudah tahu.

    Kita akan tahu dan faham apabila kita mencari dan menerokanya. Moga setiap ilmu ini akan memberikan kebaikan kepada kita.

    BalasPadam
  6. Tuan LF...

    InsyaALLAH, semoga kita dapat membincangkannya di sini nanti.

    BalasPadam