Otak dan minda… Apakah perbezaan antara keduanya? Atau, adakah kedua-duanya perkara yang sama tetapi berbeza?
Otak adalah organ yang terdapat dalam tubuh badan manusia, dan beberapa jenis hidupan yang lain. Organ otak terletak di kawasan yang paling tinggi dalam tubuh manusia, iaitu di kepala. Untuk menunjukkan kehebatan dan kepentingannya, organ otak dilindungi pula dengan tengkorak yang keras dan bersifat melindung.
Fungsi otak ada dua. Pertama, berfungsi secara fizikal untuk melaksanakan fungsi-fungsi lain pada tubuh. Contohnya, apabila berlaku kerosakan pada organ otak akibat kemalangan atau terhantuk, maka fungsi otak untuk melaksanakan fungsi tubuh terganggu. Sering kali kita dapat lihat apabila seseorang terlibat dalam kemalangan yang teruk, akibatnya mereka lumpuh, atau lebih teruk mereka akan koma. Ini adalah kerana fungsi otak telah terganggu dan menghalang untuk melaksanakan fungsi tubuh yang lain.
Fungsi otak yang kedua adalah menjana minda. Menjana minda berlaku apabila kita memikirkan sesuatu secara kritis, atau kreatif. Fungsi ini menunjukkan keadaan otak yang memberi sesuatu daya untuk manusia menilai, dan mencipta sesuatu. Hal inilah yang dinamakan minda. Minda tidak terlihat secara objek. Namun ia ada kerana kehadiran otak yang berfungsi untuk menjananya.
Jika otak mampu melaksanakan aktiviti fizikal dengan tugasnya seperti mengarahkan tangan untuk mengangkat sesuatu barang, ia juga berdaya untuk menggerakkan sesuatu dengan hanya menggunakan fungsi yang satu lagi iaitu dengan kekuatan minda. Hal ini bukanlah sesuatu magik atau misteri. Ia memang boleh berlaku jika kita telah berjaya menguasai minda sepenuhnya. Ilmu menggerakkan sesuatu tanpa menyentuh ini dinamakan telekinetis.
SALAM,
BalasPadamTERIMA KASIH ATAS INFO YANG DIBERIKAN
Kesan kuasa minda adalah sangat hebat jika lakukan dengan teknik yang betul
BalasPadam