Jumaat, 21 Januari 2011

Soal, Jawab, dan Bertindak

Salam bahagia buat semua…

Setiap manusia pasti ada impian tersendiri.  Itu adalah lumrah kehidupan.  Namun, bagaimana kita hendak pastikan impian dan kehendak itu adalah perkara yang benar-benar kita mahukan dalam kehidupan kita?

Apabila kita menginginkan sesuatu, maka lakukan 3 perkara iaitu menyoal, menjawab, dan bertindak.

Menyoal adalah keadaan yang menunjukkan seseorang itu cuba untuk mendapatkan jawapan terhadap apa yang dikehendaki dalam keinginannya itu.  Jika kita mampu memberikan jawapan kepada soalan yang kita sendiri bina, maka pasti kita amat yakin dan pasti bahawa perkara itulah yang kita inginkan.  Hal ini seterusnya dilanjutkan dengan tindakan.

Contoh bagi seorang pelajar :

Apa yang anda mahukan? =>  Berjaya dalam SPM dengan keputusan yang cemerlang.

Kenapa anda mahukan kejayaan dalam SPM? =>  Kerana ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Kenapa anda mahu melanjutkan pelajaran ke universiti? =>  Kerana ingin mendapatkan ijazah dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan yang baik.

Kenapa anda mahu mendapat pekerjaan yang baik? => Kerana ingin mendapat gaji dan pendapatan yang banyak.

Kenapa anda mahu mendapat pendapatan yang banyak? => Untuk memenuhkan keperluan hidup yang senang bersama ibu bapa yang telah banyak berkorban.

Daripada contoh di atas, seseorang itu mungkin dapat menjawab 5 soalan berturut-turut berdasarkan soalan awal berkenaan impiannya.  Jika kurang daripada 5 soalan dan jawapan, maka pasti itu bukanlah impian anda sebenarnya.  Oleh itu, cuba soal dan jawab berkenaan impian anda untuk memastikan itulah perkara sebenar yang anda mahukan dalam kehidupan ini.

Perkara seterusnya yang perlu kita lakukan setelah ops soal dan jawab adalah bertindak.  Jika kita telah mengenalpasti dan meyakinkan bahawa perkara itu adalah perkara yang kita inginkan dalam kehidupan ini, namun kita masih belum bertindak, maka pasti ia satu bentuk kerugian dalam kehidupan ini….

6 ulasan:

  1. ramai pelajar yang gagal untuk bermula di mana

    BalasPadam
  2. sebelum menyoal, dah agak apa jawapannya..

    BalasPadam
  3. Salam buat gB...

    Perkara yang baik untuk dilakukan adalah sesuatu yang dapat memberi kebaikan kepada kita...

    BalasPadam
  4. Salam IMANSHAH...

    Bukan hanya pelajar, malah ada juga antara kita yang masih belum memulakan apa-apa, ada yang masih tak pasti hendak ke mana...

    Moga-moga kita sentiasa diberikan petunjuk untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini...

    BalasPadam
  5. Salam HAZLIN...

    Apa yang lebih penting daripada perkara penting menyoal dan menjawab adalah bertindak.

    Kita mungkin sudah menyoal, sudah pula menjawabnya, namun kekadang kita lambat untuk bertindak. Semoga setiap yang kita lakukan ini adalah tindakan yang benar untuk kejayaan dalam kehidupan kita...

    BalasPadam