Selasa, 11 Januari 2011

Hukum Penarikan ~ 5

Salam kasih sayang daripadaku buat semua…

Sambungan kepada emosi mempengaruhi LOA; akan kujelaskan lagi sekarang…

Ada yang berkata; sukar untuk mengawal emosi.  Ada yang berkata; sukar untuk mencipta emosi positif untuk melakukan penarikan LOA.  Sebenarnya, ia tidaklah sesukar mana.

Analogi;

Cuba lihat kepada atlet bina badan, yang memiliki otot pejal dan kental di seluruh badan mereka.  Adakah mereka memang dilahirkan begitu?  MasyaALLAH, kalaulah ada bayi yang dilahirkan terus dengan otot pejal dan berketul-ketul itu, pasti jadi berita hangat seluruh Malaya…

Apa yang dilakukan oleh atlet bina badan adalah dengan melakukan senaman dan latihan mengangkat berat.  Latihan dan rutin ini akan mengembang dan sekaligus memejalkan otot-otot mereka.  Keadaan ini diteruskan sehingga mereka benar-benar berpuas hati dengan bentuk badan yang diinginkan.  Makanan yang diambil juga harus seimbang dan mampu membina sel-sel badan.  Bro Ben Ashaari tolong betulkan jika salah ye…

Penjelasan;

Melalui latihan yang dilakukan mereka akan membina otot.  Melalui makanan yang sesuai yang diambil akan membina otot.  Rutin yang dilakukan seharian akan memastikan otot itu terbentuk dan kekal pada badan mereka.

Keadaan ini sama sahaja seperti membina emosi positif dalam diri.  Jika kita tidak melatih minda untuk memikirkan sesuatu yang positif, pasti emosi positif tidak akan hadir dalam diri kita.

Satu teknik yang sangat berkesan untuk memastikan kita mampu untuk mencipta emosi positif dalam minda adalah melalui imbasan kenangan.  Mungkin kita ada sesuatu peristiwa yang menunjukkan sesuatu kejayaan.  Contohnya peristiwa semasa menerima ijazah atau diploma pertama.  Semasa peristiwa itu berlangsung, pasti kita ada mengambil gambar.  Maka, teknik yang dimaksudkan adalah; gantungkan gambar kenangan kejayaan itu di suatu tempat yang sering dapat kita lihat.  Apabila kita melihat gambar itu, pasti kita akan merasa sangat seronok, bangga, dan berbunga di dalam hati.  Keadaan ini sebenarnya merangsang minda untuk mencipta lebih banyak emosi positif.

Suatu masa dahulu, aku pernah letakkan piala johan pidato di meja belajarku.  Aku sering lihat piala itu, dan kenangkan kembali kejayaan itu.  Kekadang, ibuku ada mengalihkan piala itu ke tempat yang lebih sesuai.  ‘Menyemakkan meja’ katanya.  Namun aku jelaskan bahawa piala itu memberikan semangat kepadaku.  Walaupun aku sudah tidak lagi aktif berpidato dan bersyarah ketika itu, namun piala itu memberi semangat kepadaku.

Lihat sahaja kepada pegawai-pegawai penting di syarikat-syarikat besar.  Apa yang digantung di dinding bilik mereka?  Pasti sahaja yang dibingkai kemas dan digantung adalah sijil dan anugerah penghargaan tertentu.  Sebenarnya, semua itu bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada tetamu yang berurusan di bilik itu, tetapi ia adalah merupakan simbol kejayaan.  Simbol ini apabila sering dilihat maka akan terus membakar semangat dan membina emosi yang sangat hebat dalam diri mereka.

Satu contoh lagi, seorang rakanku yang sama-sama pernah menyertai sukan silat olahraga (namun dia lebih berjaya, tahniah..!) sering menampalkan gambar Rozaidi Abd Rahman, salah seorang pesilat negara.  Ada juga tampalan gambar Bruce Lee dan Jackie Chan di dinding biliknya.  Katanya, sebagai pembakar semangat.  Ya, memang benar.  Gambar-gambar itu telah memberi kesan emosi yang sangat hebat kepada dirinya.  Lantaran itu dia sangat berjaya dalam sukan yang diceburinya itu (sekarang menjadi salah seorang jurulatih di MSSM Pulau Pinang).

Emosi mampu dicipta.  Kita boleh cipta emosi positif yang kita inginkan berdasarkan kejayaan-kejayaan kita yang lalu.  Sangat mustahil jika ada yang berkata, mereka langsung tidak pernah berjaya.  Sesungguhnya kita semua pernah berjaya, sama ada kecil atau besar.  Manafaatkan kejayaan itu untuk terus membina emosi yang sangat hebat untuk terus melakukan kejayaan-kejayaan yang lain.

12 ulasan:

  1. Salam KM..

    Thanks...senang jer nak ujudkan emosi positif ni yer...erm..tpi kan (ade jer tapi)
    katakanlah kita tgk gambar trofi ke ape..ok,mase tu dtg emosi positif..tapi bila kita ada di tempat lain,dah ilang emosi tu..nak kekalkan emosi tu cemane?

    BalasPadam
  2. betul...setuju sgt..emosi mmg memainkan peranan dlm setiap tindakan yg dibuat....

    maaf nak tanya..awk ni cikgu/pensyarah/pakar motivasi ke??bahasa yg digunakan mudah faham dan mmg menarik serta penuh pengisian..mmg terbaik :)

    BalasPadam
  3. salam..
    saya nak praktik lah dengan meletak gambar atau piala atas meja kerja saya. thanx info yang berguna itu

    BalasPadam
  4. betul la...kat bilik senior Lin, pelbagai jenis plat tersusun....byk giler dpt award...harapNya tahun ni, Lin dpt la satu jugak...hehehehe

    BalasPadam
  5. hmm. tips ni bagus. saya penah cuba. taruk gambar catherine zeta jones dgn harapan akan jadi kurus dan cantik macam dia.

    walau last2 saya tak kurus pun, tapi sekurang2nya badan turun sikit sebab kawal makan. kire menjadilah. hihihi~

    BalasPadam
  6. salam kenal...

    ikut blog nie...info yang menarik, boleh buat modal masuk ke kelas...

    BalasPadam
  7. Salam Cik SHiNJU...

    Pertama sekali kita kena kuatkan dulu emosi positif. Banyakkan bersyukur, sentiasa berfikiran tenang, dan kekal tentang keyakinan kita. Sebab diri kita memang mudah dipengaruhi dengan emosi negatif.

    Cara yang ada untuk mengelakkannya emosi negatif adalah cepat-cepat menukarkannya kembali kepada emosi positif. Kita perlu cepat sedar, dan lakukan keadaan yang boleh tenangkan diri seperti tarik nafas, istighfar, dan fikirkan masalah itu adalah cabaran dan yakinkan diri bahawa kita boleh hadapinya.

    Macam siaran radio, bila kita buka dan terdengar siaran yang kita tak kehendaki, cepat-cepat tukarkan ia ke saluran lain.

    Mungkin bagi kita ia adalah sesuatu yang sukar dilakukan. Tak pa, sentiasa cuba. Apabila kita telah berjaya mendidik diri dengan keadaan yang lebih baik, pasti ia menjadi kebiasaan yang tidak dapat dihuraikan lagi...

    BalasPadam
  8. Salam CIK TOM...

    Saya ni insan biasa saja...tiada apa-apa keistimewaan, hanya mahu berkongsi idea di sini..
    :)

    Sebenarnya, saya seorang pelajar + guru + jurulatih aktiviti luar...

    BalasPadam
  9. Salam buat Azman, Nor_Emylin, dan gadisBunga...

    Segala usaha dapat dilakukan. Pastikan kita kekal yakin dengan kejayaan yang diinginkan itu. Apa yang paling utama adalah kena yakin dan terus didik hati bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu tetap dengan kehendakNya jua....

    Semua kita semua terus cemerlang dalam dunia kerjaya dan kehidupan masing-masing...

    BalasPadam
  10. Salam Saudara Sham...

    Mari kita sama-sama berkongsi idea di sini...

    BalasPadam