Salam penuh semangat kepada semua…
Masih lagi dalam membicarakan berkenaan hukum penarikan atau Law of Attraction (LOA).
Maha Suci ciptaan ALLAH yang telah menganugerahkan manusia dengan kehebatan minda. Dalam minda kita, tercipta satu kebolehan iaitu ‘membayangkan’ sesuatu. Dalam bahasa mudahnya adalah berangan-angan. Tetapi awas, jangan terlebih berangan-angan kerana ia akan membazirkan masa sahaja.
LOA akan terlaksana mengikut hukum alam (dengan keizinanNya jua) apabila berlaku empat perkara. Perkara yang dimaksudkan adalah keinginan, imaginasi dan kata-kata, emosi yang sesuai, dan keyakinan.
Dalam keadaan ini, pertama sekali manusia perlu ada apa yang diinginkan. Kemudian kita perlu menggunakan kehebatan minda kita dengan mengimaginasikan keinginan tersebut. Peringkat ini adalah peringkat yang paling penting untuk memastikan LOA berlangsung mengikut kehendak kita. Kemudian, pastikan imaginasi itu disusuli dengan emosi yang sesuai. Dan akhirkan dengan keyakinan bahawa perkara itu benar-benar akan berlaku…
Penerangan pada hari ini adalah berkenaan angan-angan. Dalam bahasa sains minda dinamakan visualisasi dan dalam bahasa mudah yang lain disebut imaginasi. Sebenarnya manusia dilengkapi dengan kemahiran memvisual. Kekadang, kita perhatikan seseorang yang sedang berangan dengan hebat hingga pandangannya mampu untuk ‘menembusi dinding’ yang berada di hadapannya. Apabila kita berdehem atau batuk-batuk kecil, barulah dia kembali ke alam nyata. Sedarkah kita, sebenarnya pada ketika keadaan itu berlaku, orang itu sebenarnya sedang berada di tahap khayalan yang sangat tinggi. Di hadapannya bukan lagi dinding, tetapi adalah gambaran kepada apa yang sedang divisualkan. Tentu kita semua pun pernah mengalaminya…
Apa yang hendak dihuraikan di sini adalah, dengan melakukan visualisasi yang hebat seperti berangan-angan itu, akan memudahkan lagi LOA terlaksana. Jika kita mampu untuk berangan sehingga tembus pandangan, kenapa kita tidak gunakan kemahiran itu untuk melakukan imaginasi / visualisasi?
Semasa seseorang itu sedang bervisualisasi, maka dia telah menghantarkan isyarat tentang visual itu ke getaran di alam semesta. Hukum getaran akan menarik perkara yang sama. Contohnya frekuansi yang ada di alam semesta akan ditarik oleh gelombang radio yang sama frekuansinya. Sebab itu kita mampu untuk mengubah-ubah sesebuah siaran radio. Berbalik kepada penerangan di atas, apabila kita membayangkan sesuatu terjadi dengan betul, maka ia akan menarik perkara itu menjadi kenyataan. Hukum inilah yang dinamakan LOA, hukum bagaimana manusia mampu menarik sesuatu yang diinginkan.
Segalanya berlaku dengan kehendak ALLAH, namun asbab kejadian itu berlaku adalah berdasarkan kuasa minda yang telah ALLAH kurniakan kepada kita. Jika hebat cara penggunaannya, maka hebatlah hasil yang akan kita perolehi. Sama-sama kita kuasai minda kita kerana kita adalah antara yang terhebat dalam ciptaanNya…
assalamualaikum..trime kasih atas info ini
BalasPadamkomen takdak kena mengena dgn entri;
BalasPadamcehhh..ben ashaari folo blog ni lah. tahniah2.
Subhanallah..mmg rugi sesiapa yang x gunakan
BalasPadamanugerah yang ALLAH kurniakan..Betapa hebat kuasa
minda kita..Erm..byk lagi saya kena belajar ni..
minda kite adalah senjata terhebat. bagus entri ni!
BalasPadamkalau kita niatkan betul betul apa yang kita nak.. bende tu akan datang sendiri kepada kita..
BalasPadammacam tu kan..