Isnin, 10 Januari 2011

Hukum Penarikan ~ 4

Salam penuh kecemerlangan…

bahagiaGambar daripada internet 

Hari ini aku akan sambungkan bagaimana LOA akan terlaksana dengan perkaitan emosi.

Manusia adalah makhluk yang diberikan emosi yang sangat hebat.  Apabila kita bercakap berkenaan emosi, kita sering menggambarkan tentang kesedihan, merajuk, marah, dan sebagainya.  Bukankah itu semua perkara yang berkaitan dengan negatif?  Ya, semua yang di atas adalah perkara negatif.  Sebenarnya, emosi bukan hanya sekadar berkaitan dengan perkara-perkara yang negatif hingga ada ungkapan, 'dia tu kuat beremosi..’

Emosi juga berkaitan dengan perkara positif.  Gembira, seronok, bahagia, teruja, dan sebagainya adalah contoh emosi yang positif kepada manusia.  Itu adalah perkara yang perlu kita fahami….

Kenapa agaknya emosi dapat mempengaruhi LOA?

Apabila kita berkata kepada diri, apabila kita memikirkan dalam imaginasi kita; bahawa kita ingin berjaya mendapat kecemerlangan dalam pelajaran (contoh), tiba-tiba kita ‘diserang’ dengan perasaan emosi negatif seperti keraguan, ketidakpercayaan, dan sebagainya.  Pada ketika itu kita mula memikirkan bahawa kita memang lemah dalam subjek tertentu.  Kita jarang mendapat markah tinggi dalam pelajaran.  Adakah anda rasa bahawa imaginasi dan kata-kata bahawa kita mahukan kecemerlangan dalam pelajaran tadi akan berlaku?

Jawapannya pasti sahaja TIDAK!

Ini adalah kerana, emosi kita tidak selari dengan apa yang kita mahukan.  Sebaliknya, emosi negatif yang bersarang dalam diri akan menarik kegagalan itu menjadi kenyataan.  Maka, gagallah usaha untuk LOA melaksanakan tugas menarik kejayaan seperti yang kita impikan.

Apa yang perlu kita lakukan adalah mencipta emosi yang seimbang dengan imaginasi.  Jika kita inginkan kejayaan dalam sesuatu perkara, cuba rasakan apakah emosi kejayaan tersebut.  Rasakan bagaimana kita merasa seronok sangat kerana mencapai kejayaan tersebut, lahirkan rasa kesyukuran walaupun kejayaan itu belum berlaku lagi, cipta rasa sangat teruja untuk mencapai kejayaan tersebut.  Apabila ini berlaku, maka kita telah ‘menipu’ diri sendiri.  Penipuan ini akan menyebabkan minda merasa yang kita sangat yakin bahawa ia akan terlaksana.  Keadaan ini akhirnya akan membuatkan LOA akan melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Namun, kadang kala kita sering tertewas.  Pasti ada juga rasa tidak percaya bahawa apa yang kita inginkan itu akan terlaksana atau tidak.  Jika rasa ini berlaku, maka cepat-cepat kuatkan semangat, cekalkan hati, dan terus ubah perasaan itu kepada emosi yang lebih positif.  Rasakan dan tukarkan ia sebenar-benarnya kerana kita pasti tidak mahu emosi negatif ini akan membantutkan kejayaan yang diimpikan.

Teruskan kekal cemerlang dengan emosi yang positif.  Pasti anda akan dapat lihat kesannya…

8 ulasan:

  1. saya pernah praktikkan LOA. pernah menjadi dan rasanya time tu mmg kuat emosi dan keinginan tu, itu pasal menjadi.

    tapi kdg2 tak jadi. dah peasti sebab saya sendiri antara nak atau tidak sesuatu benda tu. jadi, tak kuatlah tarikan tu.

    BalasPadam
  2. kadang2, emosi negatif tu lagi kuat sampai menarik emosi positif yg ada dalam badan. grrr..

    BalasPadam
  3. salam..ya betul tu...sebab tu la kita kena banyak fikirkan postif dari negetif....kalau x, apa yg kita lakukan xkn bersemngat....asyik tidk yakin dgn dri sndri...

    BalasPadam
  4. Ok,emosi kena seiring dgn keinginan..
    Mmg selalunya emosi -ve dtg tiapkali saya nakkan sesuatu..tapi nak gambarkan emosi bila dh berjaya sebelum btl2 berjaya tu mcm susah sket..heheh..

    BalasPadam
  5. GB...

    Ketika mana ia tidak berjaya menunjukkan yang kita tidak mampu menarik perkara itu sepenuhnya. Ini mungkin disebabkan 'keyakinan yang membantutkan'. Hal ini akan saya jelaskan sedikit masa lagi...

    BalasPadam
  6. -GC-...

    Kenapa agaknya emosi negatif lebih kuat dalam diri? Sebab kita telah membiarkannya menakluk diri kita telah sekian lama. Kita telah biarkan ia menguasai kita lebih dari kita menguasainya. Caranya, pastikan kita sentiasa bertenang. Apabila kita tenang, pasti kita dapat mengelakkan emosi negatif. Selain itu, selalulah ingatkan kembali kejayaan2 yang pernah kita kecapi dulu. Secara tidak langsung, emosi positif akan terbit daripada diri kita dan ini akan mengurangkan kuasa emosi negatif dalam diri....

    BalasPadam
  7. HonEyBuNNy....

    Benar.
    Sentiasa berada dalam keadaan tenang, fizikal dan mental. Pasti emosi kita akan menjadi lebih stabil dan diri akan mencipta kejayaan dengan lebih cemerlang...

    BalasPadam
  8. Cik SHiNJU...

    Nak gambarkan emosi positif hadir dalam diri sebelum ia benar-benar berlaku tidaklah terlalu susah jika kita tahu caranya...

    Pertama sekali, kita dilengkapi dengan sistem komputer yang paling canggih, iaitu otak. Organ ini mampu untuk mencipta gambaran dalam minda kita. Cuba pejamkan mata, bayangkan dengan jelas apa yang kita mahukan ketika ini, contohnya kita mahukan sebuah hadiah daripada rakan baik kita. Bayangkan betul2 seolah-olah ia benar-benar terjadi.

    Dalam masa yang sama, diri akan automatik mencipta sebuah rasa seronok. Keseronokan itulah yang menunjukkan kita telah berjaya mencipta emosi positif sebelum ianya berlaku...

    Harap cik SHiNJU akan terus ikuti penerangan dalam catatan seterusnya....

    BalasPadam