Salam penuh kecemerlangan kepada semua…
Hukum Penarikan atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Law of Attraction (LOA) merupakan salah satu hukum dalam alam semesta ini. Sama seperti hukum graviti, setiap hukum alam tidak dapat disangkalkan lagi. Contoh, hukum graviti menyatakan setiap objek, tidak kita berapa berat jisimnya, pasti akan tertarik semula ke bumi. Ini adalah kerana, graviti dalam bumi mempunyai hukumnya tersendiri iaitu menarik apa sahaja yang ada dalam medannya untuk mendekatinya. Hukum ini telah kita fahami sejak dahulu dan tiada siapa dapat menyangkalkan hingga kini.
Seperti hukum graviti, LOA juga adalah satu hukum alam. Namun, bukan semua orang terdedah dengan maklumat hukum ini menyebabkan ia sedikit asing kepada kita. LOA merupakan kesinambungan kepada hukum kuasa minda dalam diri manusia. Jika hukum graviti bermula dari tarikan graviti daripada bumi, maka LOA pula adalah tarikan daripada kuasa minda manusia…!
Adakah manusia mampu untuk menarik sesuatu mendekatinya? Jawapannya adalah; YA. Malah sekarang ini juga, kita sedang menarik sesuatu mendekati kita. Siri catatan ini akan berlangsung selanjutnya dengan memberi penerangan berkenaan dengan LOA…
Contoh sesuatu yang manusia boleh tarik tu ape?
BalasPadamCik SHiNJU...
BalasPadamApa sahaja perkara boleh manusia tarik untuk berlaku. Namun, sebagai seorang Islam, perkara pertama yang perlu diyakini mestilah setiap yang berlaku itu dengan keizinanNya jua. Namun, sebenarnya, mengikut hukum tarikan, ia pasti berlaku.
Contoh mudah yang dapat diberikan sekarang adalah, manusia dapat menarik CINTA. Apabila seseorang itu telah tertarik hati kepada seseorang lain, maka sebenarnya ia menarik rasa yang sama kepada orang yang diminati itu.
Penerangan yang lebih jelas akan diberikan dalam catatan yang akan datang. Namun penerangan itu bukanlah dalam bab cinta.
Harap cik SHiNJU sedia menanti...
:)
Thanks for visiting my blog...(^_~)
BalasPadamReally appreaciated!
Ternyata anda memang dapat memberi dan berkongsi info yang sangat bermanfaat kepada semua pembaca..
teruskan usaha murni ni..(^_~)
Ilmu ini untuk dikongsi bersama...
BalasPadamMarilah kita sama-sama manafaatkannya dalam kehidupan ini...