Selasa, 4 Januari 2011

Doa dan Meditasi

Salam penuh ceria…

Catatan terakhir daripada Perbaiki Diri….

Berdoa dan bertafakkur (meditasi) adalah salah satu amalan yang sentiasa dekat dengan diri kita.  Berdoa adalah seumpama hubungan kita dengan DIA tanpa batasan.  Kita boleh berkata dan memohon apa sahaja dalam berdoa.  Apa yang pasti, doa itu mengharapkan perkara-perkara yang baik.  Tak pernah pula aku mendengar doa untuk melakukan kesalahan seperti ‘selamatkanlah kami semua semasa merompak malam ni…’  Oleh itu, aku sangat pasti, doa yang dipinta adalah untuk kebaikan sahaja.

Apabila diri kita mengalami stres atau tekanan kehidupan, maka tiada jalan lain yang terbaik untuk mengurangkannya melainkan berdoa dan bermeditasi.  Apabila berdoa, perkara pertama yang berlaku adalah kita telah menurunkan getaran otak ke peringkat yang lebih tenang.  Hati dan perasaan menjadi suci dan penuh pengharapan.  Apabila ini berlaku, maka minda akan berfungsi dengan lebih baik.  Stress dan tekanan yang dihadapi akan beransur kurang dan menghilang.  Keadaan berdoa ini sama saja konsepnya dengan bermeditasi, tafakkur, atau berzikir.  Apa yang penting adalah keadaan semasa semua aktiviti ini berlaku; menurunkan getaran otak dan menjadikan diri lebih tenang.

4 ulasan:

  1. dan bila minda kita dah tenang barulah kita boleh fokus dengan apa yang kita harap dari Tuhan kan? nice tips. :)

    BalasPadam
  2. lawaknya kalau ada perompak yg solat dan berdoa dlu sebelum merompak.

    BalasPadam
  3. GB...

    Sentiasalah tenangkan diri dalam setiap keadaan. Semoga setiap perlakuan dan aktiviti kita akan menjadi lebih cemerlang...

    BalasPadam
  4. -GC-...

    Tu la pasai, kalau la ada...

    BalasPadam