Sabtu, 8 Januari 2011

Hukum Penarikan ~ 2

Salam kecemerlangan daripadaku buat semua…

Aku kini sedang menyiapkan beberapa siri penerangan berkenaan Hukum Penarikan / Law of Attraction (LOA).

Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa, kuasa minda manusia adalah satu bentuk penarikan kepada hukum ini.  Apa yang menyebabkan kuasa minda dapat berfungsi sebagai penarik kepada hukum ini? 

Kuasa minda menjadi seperti magnet untuk menarik sesuatu melalui imaginasi.  Imaginasi atau gambaran mental juga disebut sebagai visualisasi.  Apabila manusia berimaginasi tentang sesuatu dengan menggambarkan dalam pemikiran kita, sebenarnya kita telah mewujudkan suatu bentuk tenaga.  Imaginasi yang dilakukan sama seperti suatu bentuk gambaran yang dirakam dalam minda manusia.  Apabila ini berlaku, maka ia akan menarik perkara atau situasi itu untuk berlaku dengan nyata.

Minda separa sedar manusia tidak akan tahu sama ada perkara itu baik atau buruk.  Apabila kita telah menggambarkannya dalam imaginasi maka ia akan ‘menangkap’ gambaran tersebut untuk direalisasikan. (Itulah kehebatan kuasa minda yang dianugerahkan ALLAH kepada setiap manusia).

Bagaimana imaginasi ini dapat direalisasikan adalah daripada kuasa ALLAH.  Hanya DIA yang tahu bagaimana hukum ini terjadi dan terlaksana.  Namun ia akan benar-benar berlaku.  Hal inilah yang dinamakan penarikan iaitu apa yang kita fikirkan maka itulah yang akan tertarik kepada kita dan menjadi kenyataan.

Catatan ini diakhiri dengan satu contoh mudah…

imagesCANQKQ4F Gambar internet

Beberapa tahun lalu ada sebuah iklan tv berkenaan seorang budak lelaki kreatif dan inovatif bernama Aiman Hanafi.  Dalam klip iklan tersebut, budak ini selalu meminta untuk dibelikan barangan permainan kepada bapanya, seorang penjual cempedak (lakonan Aflin Shauki).  Namun permintaan itu sering dihampakan kerana bapanya ‘tidak mampu’.  Ini membuatkan Aiman sentiasa mencipta sendiri barang permainannya.

Satu sedutan dialog yang masih aku ingat…"Aiman, kalaulah pokok cempedak ayah tu berdaunkan emas, usahkan kereta….kereta kebal pun ayah akan belikan…”

Sebenarnya, si ayah bukanlah tidak mahu melayan kehendak Aiman, sebaliknya iklan ini menunjukkan sikap si ayah yang sentiasa berjimat cermat…Setiap wang hasil pendapatannya sering dikumpulkan walaupun dengan beberapa keping syiling.  Semua wang itu dikumpulkan dahulu dalam sebuah bekas tin sebelum dimasukkan ke dalam bank.

Di sinilah perkara yang berkaitan dengan imaginasi berlaku….  Jika kita masih dapat dipaparkan dengan klip iklan itu maka kita akan dapati bahawa si ayah sering melihat gambar sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dilekatkan pada bahagian dalam penutup tin simpanan wangnya itu.  Malah, kadang kala ada sahaja motosikal berkuasa tinggi lalu di hadapan gerai jualannya itu.

Klip iklan itu diteruskan dengan kejayaan Aiman mendapat tawaran ke pusat pengajian tinggi dan kali ini ‘permintaan’nya kepada si ayah tidak dihampakan lagi kerana si ayah sudah cukup dengan wang yang disimpan.  Dan di akhir klip iklan ini, Aiman pulang dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan katanya…"Ayah, motor ini, ayah yang punya..!”

Bersambung le pulak…!

6 ulasan:

  1. Salam...

    x bape nk paham gak..huhuh

    BalasPadam
  2. Salam buat cik SHiNJU...

    Mungkin penerangan saya tidak jelas hingga Cik SHiNJU tak faham...
    Atau mungkin saya tak terang apa2 lagi kot...
    Tak pe, nanti saya akan jelaskan lagi dalam catatan akan datang...
    :)

    BalasPadam
  3. Bagusnya kalau semua orang bersikap seperti bapa Aiman, kan? Tapi yang ada - banyak yang boros (kakciklah tu), sehingga tiada yang dapat dikumpul! :)

    BalasPadam
  4. salam..ila faham..tapi xpandai pulak nak oleh..ada mksdnya..;-) mindaku memahami..

    BalasPadam
  5. Kakcik...
    Boros atau tak, itu adalah perkara subjektif. Sukar dikatakan dengan penilaian. Apapun, yang penting, kita tetap kena menyimpan walaupun sedikit...

    BalasPadam
  6. HonEyBuNNy...

    Kalau dah faham tu, tapi tak tau macam mana nak dijelaskan, itu tandanya dirimu sudah masuk ke fasa pertama untuk memahami dengan mendalam. Cuba ikuti lagi siri catatan Hukum Penarikan ini, mungkin kita semua akan lebih memahaminya nanti....

    BalasPadam