Salam kasih sayang daripadaku….
Masih ingat dengan catatan berkenaan dengan gelombang otak?
Jika anda masih ingat, pasti ada faham benar tentang getaran dan gelombang otak yang terbahagi kepada 4 jenis iaitu beta, alpha, theta dan delta. Getaran minda yang terbaik adalah semasa bergetar di tahap theta. Untuk sampai ke tahap theta, kita perlu terlebih dahulu melalui tahap getaran alpha. Pada getaran minda ini, kuasa minda akan dapat menarik apa sahaja yang kita mahukan dengan lebih berkesan.
Bilakah masa yang menyebabkan minda berada di tahap alpha dan theta?
Perkara yang menyebabkan minda berada dalam gelombang ini adalah semasa kita berada dalam keadaan yang sangat tenang. Apabila anda berada dalam keadaan yang sangat tenang, hingga anda mampu untuk berkhayal (hingga dapat ‘menghayati’ sepenuhnya khayalan tersebut) maka anda sudah berada di tahap alpha.
Ketenangan dalam diri akan berlaku semasa hampir tidur, dan semasa bangun daripada tidur. Ketenangan juga boleh berlaku semasa kita berada dalam keadaan yang santai seperti berehat di tepian pantai yang damai. Ketenangan berlaku semasa kita melakukan perkara-perkara yang sangat kita minati seperti bermain permainan video game. Ketenangan juga berlaku semasa kita melakukan perkara yang tidak memerlukan daya pemikiran; seperti sedang bercukur, atau semasa memandu kenderaan. Dan ketenangan yang paling baik adalah semasa bersolat, dan berzikir.
Semua contoh ketenangan ini akan menghasilkan getaran minda di tahap alpha dan theta.
Cuba perhatikan semasa kita hampir tidur, dan semasa bangun dari tidur….ketenangan dan getaran minda yang berlaku sangat damai.
Perkatikan pula semasa kita berada di tempat yang damai, seperti di kawasan peranginan. Pasti kita merasa sangat tenang dan segar. Inilah keadaan di mana para penulis novel terkenal menggunakan lokasi dan kawasan yang mendamaikan untuk menghasilkan penulisan yang ‘gempar’ habis!
Aktiviti permainan yang sangat digemari juga menenangkan minda. Lihat sahaja ahli perniagaan profesional yang menggunakan aktiviti bermain golf. Sebenarnya semasa bermain itu, mereka bukan sahaja menggunakannya untuk merapatkan hubungan sesama mereka, namun dalam masa yang sama ia dapat memberi peluang kepada minda mereka untuk merangka strategi dan tindakan selanjutnya dalam perniagaan mereka.
Apa yang paling aku suka adalah ketenangan semasa solat dan berzikir. Hal ini adalah ketenangan yang paling tinggi dalam semua contoh ketenangan yang kuberikan. Pada masa diri dan getaran minda berada dalam keadaan ketenangan yang tinggi inilah, masa yang sangat sesuai untuk kita mengaktifkan kuasa minda kita. Pada ketika ini, apa sahaja yang kita bayangkan dengan jelas, akan terhasil dengan nyata.
Nantikan penerangan seterusnya….
SALAM,
BalasPadamTERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI ILMU
Selalunya orang yang menguasai minda ni berjaya dalam hidup...Saya tingin nak p seminar2 kuasai minda tu tapi x berkesempatan lagi...Aritu tgk dlm tv,kerana minda yang kuat,pesakit cancer pun boleh sembuh!
BalasPadamTn LF...
BalasPadamIlmu milik ALLAH, dipinjamkan kepada semua manusia untuk dikongsikan...
Cik SHiNJU...
BalasPadamItu adalah anugerah ALLAH jua. Kuasa minda ini sebenarnya adalah perkara yang paling tinggi dikurniakan kepada manusia sehinggakan kita dianggap makhluk paling baik dalam ciptaanNya. Oleh itu, kita seharusnya menggunakan kuasa minda ini sebaiknya. Namun, hanya 10% sahaja manusia yang tahu tentang hal ini dan berjaya menggunakannya...
go to my video youtube/adietawau,bukti kuasa minda dlm diri kita.
BalasPadam