Salam hormat buat semua…
Bagaimana caranya untuk kita menguat dan mengaktifkan Minda Separa Sedar dalam diri kita?
Cara yang utama adalah dengan melakukan affirmasi (pernyataan diri), melakukan imbasan kepada papan visual, dan selalu melakukan teknik pernafasan terarah.
Affirmasi adalah pernyataan diri. Dengan menyatakan apa yang kita inginkan dalam diri, maka sebenarnya kita telah mengaktifkan kuasa yang ada dalam diri kita. Namun pernyataan diri ini haruslah dibuat secara tetap (matlamatnya tidak berubah-ubah) dan berterusan (dilakukan sentiasa).
Contoh :
“Aku merasa sangat hebat hari ini. Aku adalah pekerja cemerlang yang sangat berjaya. Aku yakin dianugerahkan Pekerja Pengurusan Terbaik 2011. Pendapatanku semakin meningkat dan wang sentiasa ada dalam diri. Aku sangat teruja dan bersyukur atas semua kejayaan ini…!”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku akan menyambung lagi penerangan ini pada masa akan datang. Hari ini aku akan memulakan tugas sebagai jurulatih aktiviti luar yang sudah bermula. Mungkin beberapa hari lagi baru sempat untuk aku mencatatkan semula catatanku di sini…
salam.
BalasPadamtakpe2. sikit2 pun takpe. baru boleh prektis. hihi~
kena tetapkan apa yg kita nak. bkn arini nak, esok tak nak. hehe
BalasPadambelajar sikit sikit senang nak hafal ye dak..
BalasPadamSalam...
BalasPadamBanyaknye saya ketinggalan..
Elok la tu ade keje luar..
Jgn update lg dulu yer,tggu saya
abes baca part2 yang tertinggal..heheh :D