Jumaat, 28 Januari 2011

Minda Separa Sedar

Salam penuh bahagia buat semua…

ais Gambar daripada internet

Kesibukan masuk ke peringkat yang kedua membuatkan aku semakin sukar untuk hadir ke sini.  Hari ini, berjaya juga aku mengaktifkan kembali diriku untuk menulis…

Hari ini, aku ingin membicarakan tentang Minda Separa Sedar.

Minda manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu Minda Sedar dan Minda Separa Sedar.  Minda Sedar adalah minda manusia yang melakukan tugas seperti membuat keputusan, menganalisis, dan mencipta sesuatu.  Kebiasaannya manusia hanya akan menggunakan Minda Sedar dalam melaksanakan 12% sahaja tugas dalam kehidupan ini.  Selebihnya iaitu 88% tugasan manusia akan dilaksanakan oleh Minda Separa Sedar.  Minda Separa Sedar akan melakukan tugasan seperti mengawal degupan jantung, pernafasan, emosi dan perasaan, dan sebagainya.  Hal ini memang tidak dapat dikawal dengan jelas oleh kita.  Ia berlaku dengan sendiri dengan kehendak ALLAH yang Maha Kuasa.  Penciptaan manusia yang unik ini telah menunjukkan bagaimana kuasa minda telah menguasai kehidupan kita tanpa kita sedari.  Malah, ada antara kita yang masih meraguinya.

Antara perkara yang melibatkan kuasa Minda Separa Sedar adalah :

  1. Mencetuskan idea yang hebat.  Kekadang kita sendiri tidak pasti bagaimana keadaan yang dinamakan idea, atau ilham itu terhasil.  Ia berlaku secara tanpa kawalan.  Ini adalah kerana Minda Separa Sedar telah melaksanakan tugasnnya dengan jayanya.  Ada ketikanya, kita ‘mencetuskan’ idea semasa sedang berada dalam keadaan santai, atau semasa sedang tidur (bermimpi).  Ini adalah kerana, Minda Separa Sedar tidak akan berhenti untuk aktif dan melaksanakan tugasnya kepada manusia walaupun kita sedang tidur.
  2. Melakukan sesuatu tanpa berfikir.  Minda Separa Sedar akan melakukan sesuatu kerja yang telah dibiasa dan dilazimkan dalam kehidupan ini tanpa perlu berfikir lagi.  Contohnya orang yang sudah dilazimkan dengan aktiviti memandu kereta, tidak lagi perlu memikirkan cara untuk menukar gear, menekan padel minyak atau brek, dan sebagainya.  Ia dilakukan secara bersahaja kerana kita telah melatih Minda Separa Sedar untuk menguasainya.
  3. Berfungsi dengan baik ketika suasana tenang.  Minda Separa Sedar akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan lebih cemerlang apabila kita berada dalam keadaan yang tenang.  Ketenangan ini akan membuatkan kita dapat melaksanakan kehidupan dengan lebih ceria dan lancar.  Imaginasi dan kata-kata ucapan yang dilahirkan oleh diri kita dalam keadaan tenang akan membolehkan Minda Separa Sedar merakamnya dan melaksanakannya.  Sebab itulah, kita disarankan agar sentiasa memikirkan perkara yang baik, kerana tanpa kita sedari, apa yang kita fikirkan itu mungkin akan menjadi kenyataan jika pada ketika itu Minda Separa Sedar sedang berada dalam keadaan yang sangat aktif.

Perhatikan bentuk bongkah ais di kutub.  Biasanya, kita hanya akan melihat permukaan atas bongkah ais tersebut dan kagum dengan bentuknya yang besar.  Namun, jika dilihat dari bahagian bawah air, bongkah yang tenggelam itu lebih besar dan kuat.  Itu adalah gambaran tentang kehebatan minda manusia.  Bongkah ais di bahagian atas melambangkan Minda Sedar manakala bongkah ais bahagian bawah melambangkan Minda Separa Sedar.  Kita mungkin kagum dengan kehebatan manusia untuk merekacipta sesuatu, namun kehebatan yang tidak terlihat adalah lebih banyak dan hebat lagi.

Apabila bercakap berkenaan bongkah ais, pasti aku teringatkan filem Titanic…..

3 ulasan:

  1. macam mana nak prektis minda separa sedar supaya sentiasa disiplin dan fokus dengan apa yg kite buat?

    BalasPadam
  2. Salam gB...

    Caranya akan saya terangkan dalam catatan yang akan datang...
    :)

    BalasPadam
  3. apa yg saya tahu minda separa sedar tak boleh kita kawal...minda separa sedar bertugas sendiri...tapi kita boleh menasihat minda separa sedar kita untuk melakukan apayang kita mahu..contohnya...kehebatan minda separa sedar ialah jika anda seorang yang sering lemah semangat dan takut..anda boleh menetapkan dalam minda separa sedar anda bahawa anda seorag yg berani dan kuat...antara caranya ialah sebelum nak tidur fikirkan atau sebutkan bnyak kali 'saya berani dan bersemangat' .minda separa sedarkita ibarat robot yang mendengar arahan yang diberikan tanpa berfikir...dan akn menjalankan tugas secara automatik...arahan dari minda sedar akan diterima dilakukan oleh minda separa sedar tanpa kita sedari...iilah sebab nya kita kena selalu berfikiran positif terhadap diri sendiri...mudah mudahan membantu

    BalasPadam