Khamis, 3 Februari 2011

Minda Separa Sedar ~ 3

Salam penuh kebahagiaan buat semua…

Cara kedua untuk meningkatkan keupayaan dan merangsang Minda Separa Sedar adalah dengan melakukan pernafasan terarah.  Pada hakikatnya, apabila kita melakukan pernafasan yang betul dengan penumpuan yang betul, maka kita telah ‘menenang’kan diri kita.  Ketenangan adalah salah satu perkara penting dalam meningkatkan keupayaan kuasa minda.

Apabila kita berjaya melakukan pernafasan terarah, maka diri kita akan dapat memancarkan getaran yang sesuai dengan apa yang hendak kita lakukankan dalam kehidupan.  Pancaran getaran rasa yang kuat akan menarik apa yang kita impikan itu dengan lebih kuat.  Di sinilah apa yang dinamakan Kuasa Minda Separa Sedar akan dapat dilihat dengan lebih berkesan.

13 ulasan:

  1. bila kita teringatkan seseorang .. orang tu pun teringatkan kita..

    itu pun antara minda separa sedar jugak ke..

    sebab perkara nie selalu jugak terjadi dekat gua.. mungkin jugak ada sebab ada chemistry kot.

    BalasPadam
  2. Salam...
    alamak,update gak ke..
    huhuh..terkejar2 lg ni nak baca yg lama2 tu..

    BalasPadam
  3. Memang benar, bila kita teringatkan seseorang, pasti dalam masa yang sama orang itu akan teringatkan kita....itulah yang dinamakan hukum alam kuasa minda.

    Bukan itu saja, keadaan ini turut berlaku jika kita bencikan seseorang. Dalam masa yang sama, orang itu pun turut merasa macam ada perasaan yang tak kena dengan kita.
    Oleh itu, elakkan rasa benci kepada orang, kerana perasaan itu turut menarik benda yang sama berlaku kepada diri kita.

    Hal ini berlaku kerana manusia akan mengeluarkan getaran frekuansi ke alam semesta. Hukum frekuansi, akan menarik frekuansi yang sama untuk mendekati pemancarnya (diri kita sendiri)....

    BalasPadam
  4. Salam cik SHiNJU...

    Dah kebetulan baru balik dari melaksanakan tugas aktiviti luar, tangan dan kaki terasa lenguh dan sakit2, namun kegatalan tangan dan jejari ini untuk terus berlari-lari di dada keyboard membuatkan aku terus mengupdate blog ini....huhuhuh itulah yang dinamakan gian!

    BalasPadam
  5. bila kita teringat sesorang kita menghantar getaran kepada si dia. minda subconscious dia akan pick up that vibe...lalu dia akan proses siapa penghantar vibe tu........kita akan dikenalpasti as sender so minda sub dia pun akan beritahu minda conscious dia, kita akan pop up dalam fikiran dia. lagi rapat hubungan macam kekasih atau anak-ibubapa lagi kuat. boleh gak try buat kat orang tak berapa rapat macam si awek baru kat ofis yg body meletop tu, kena belajar how to do that first hehehe biar kita pop up banyak kali dalam mind dia sampai jatuh cinta........boleh dibuat.

    BalasPadam
  6. cemana nak buat pernafasan terarah tu?

    setuju dgn soalan ardzmarn. bila kite igt seseorang, tak kire la suka atau tidak, adakah pihak sana pun sama jugak rasanya dekat kita?

    BalasPadam
  7. Salam gB...

    Biasanya, pihak sana juga akan mengalami perkara yang sama. Seperti saya sedang teringatkan kepada cik gB sekarang, saya telah menghantar gelombang getaran itu menyebabkan dalam masa yang sama cik gB juga akan turut teringatkan saya. Itulah konsep asasnya...

    Hal ini jika dipraktikkan akan menyebabkan seseorang yang pada asalnya mungkin tidak suka kepada kita akan bertukar menjadi sangat sukakan kita kerana kita sering mengaktifkan rasa sayang dan kasih kepadanya. Begitu juga sebaliknya...

    BalasPadam
  8. Saya pun rasa soalan ini dah menjadi soalan cepu emas, bila kita ingat kat orang, orang tu ingat tak kat kita, rasanya ingatla, heheh

    BalasPadam
  9. Saya kerap sms @ bercakap dalam telefon dengan seorang kawan baru,tapi belum pernah jumpa muka. Mengapa boleh ada perasaan rindu dan selalu teringat pada dia sedangkan kami belum pernah bersua muka, tetapi kami mesra dalam telefon. Adakah dia juga selalu teringatkan saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari konsepnya, begitulah yang berlaku dan sedang berlaku. Namun, ada juga suatu segi, kita perlu berhati-hati, jangan sampai terjerat dengan perasaan sendiri. Terutama seperti situasi saudara/saudari yang masih belum kenal 'dia' dengan sebenar2nya....

      Padam
  10. baru2 ini sy pergi bercuti dgn kluarga di luar negara..kt sana sy ada bjmpa dgn seseorang..dia rapat dgn kluarga sy.namun kami tdk prnh bersembang krna sy agak pemalu..sekembalinye kami ke tanah air sy merasa hairan krna sy asyik teringatkan dia sedangkan semasa percutian tersebut sy tak pernah hiraukan kewujudan dia..adakah dia teringatkan sy?

    BalasPadam
  11. saya sering teringat kepada kawan lama sy...sedangkan saya tak rapat dengn dia...biasa2 shja..kmi lost contact...ad orng ckp myb kawan sy nk meninggalkn dunia ini... mohon pencerahan....tq

    BalasPadam
  12. Inilah yang dinamakan gelombang yang sama menarik perkara yang sama menghampiri kita. Maksud KM begini, apabila rakan min mimin itu mula teringat kepada saudari, maka dia telah memancarkan satu gelombang ke angkasaraya. Pada ketika itu, andai ada sedikit sahaja rasa teringat kepadanya, maka min mimin juga mula memancarkan gelombang yang sama dan saling menarik antara satu sama lain. Keadaan inilah yang menyebabkan tiba-tiba kalian berdua saling teringat antara satu sama lain.

    Berkenaan pendapat mengatakan kawan tu dh nak meninggal dunia; KM tak berani lah nak ulas, sebab belum sampai dalam bidang kajian KM...

    BalasPadam