Rabu, 19 Januari 2011

Ketakutan…

Salam penuh semangat buat semua….

kak limah Gambar daripada internet

Takut, penakut, ditakutkan, menakutkan…semuanya adalah berkaitan dengan perkara TAKUT.  Takut, ada salah satu bentuk perasaan semula jadi manusia.  Ia kelihatan negatif, namun ada masanya perasaan takut ini boleh menjadi sesuatu yang positif kepada manusia.

Takut itu sendiri terbahagi kepada dua perkara iaitu Takut Normal dan Takut Tidak Normal.

TAKUT NORMAL adalah perasaan takut yang sedia ada dalam diri manusia.  Rasa takut ini adalah keadaan yang boleh membawa sesuatu yang positif kepada manusia.  Takut jenis normal ini adalah perasaan takut yang asas yang biasanya ada pada diri manusia.  Contohnya, takut apabila berada di tempat yang tinggi.  Takut ini menunjukkan kita faham bahawa ada bahaya yang akan berlaku kepada kita jika sekiranya kita terjatuh daripada tempat tinggi tersebut.  Oleh itu kita akan menjadi lebih berhati-hati dan bersedia untuk menghadapi situasi di tempat tinggi tersebut.

Contoh lain yang dapat memberi gambaran jelas berkenaan takut normal (membawa kebaikan) adalah seperti apabila kita berjalan di tepi jalan, tiba-tiba kita mendengar gesekan tayar yang kuat dari arah belakang, seperti bunyi kenderaan membrek kecemasan.  Pada ketika itu, otak dan minda akan terus dirangsang dengan rasa takut tentang bahaya yang bakal menimpa.  Kita secara automatik pasti akan mengelakkan diri lebih dalam ke arah bahu jalan, dan dalam masa yang sama berpaling ke belakang untuk melihat apakah bunyi kuat yang bergesek tadi untuk tindakan selanjutnya.  Ini merupakan keadaan di mana diri menjadi takut kepada bunyi kuat itu.  Namun, ketakutan ini memberi kesan positif kepada kita kerana kita akan bertindak balas untuk mengelakkan diri daripada sesuatu yang mungkin membahayakan diri kita.

TAKUT TIDAK NORMAL pula adalah perasaan takut yang disarankan secara langsung atau tidak langsung ke dalam diri manusia.  Pada asalnya, rasa takut itu tidak wujud, namun di’didik’ oleh persekitaran kita untuk merasa takut kepada sesuatu.  Hal ini mungkin akan membawa keburukan kerana kita akan menjadi takut kepada sesuatu yang tidak pasti.  Contoh yang paling jelas adalah rasa takut kepada hantu.  Sejak kecil kita dimomokkan dengan pelbagai jenis watak hantu.  Keadaan ini telah memberi satu bentuk rangsangan kepada diri untuk takutkan sesuatu yang dinamakan hantu.  Oleh itu, kita telah menciptakan rasa takut tidak normal ke dalam diri kita.  Takut ini dinamakan tidak normal kerana pada asalnya kita langsung tidak takut kepada perkara itu, namun akhirnya kita menjadi penakut kerana telah dirangsang secara berterusan.

Catatan seterusnya; pengalaman penulis bertemu dengan HANTU…(kisah benar…huhuhu!)

6 ulasan:

  1. aku pun takut gak..takut ketinggian hehehehe

    BalasPadam
  2. kalau dah selalu ditakutkan, yang tak takut pun boleh jadik penakut......

    BalasPadam
  3. Salam Sahromnasrudin...

    Setiap orang ada perkara yang di'takut'kan. Namun, semua itu ada yang memberi kebaikan seperti yang telah saya jelaskan. Tetapi, kekadang ada juga yang membawa keburukan. Pokok pangkalnya ada pada diri kita sendiri...

    BalasPadam
  4. Salam Cikpia...

    Itulah yang terjadi kepada diri kita. Apabila kita telah ajar dan setkan minda kita untuk takut, maka ketakutan itu akan terus bersarang dan menjadi sebati dengan diri kita...

    Segalanya hanya ada pada minda kita...

    BalasPadam
  5. Salam GKSB...

    Suatu masa dulu, saya 'takut' bayang-bayang guru saya...badannya besar!

    BalasPadam