Khamis, 31 Mac 2011

Pujian kepada yang berhak…

Salam penuh kemesraan…

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada bro Ben @ Ben Ashaari kerana telah mewar-warkan kewujudan blog ini.  Kelmarin, setelah menulis catatan berkenaan dengan berhenti bercakap, tetiba banyak pula yang memberi komen.  Dan aku pasti ini mungkin ada kaitannya dengan promosi daripada sahabat blogger yang lain.  Rasaku tidak tersilap apabila aku membuka blog bro Ben dan mendapati link blog ini terpapar di sana.  Terima kasih sekali lagi….sesungguhnya bro Ben adalah seorang blogger yang sangat hebat dan punya idea penulisan yang sangat menarik.  Beliau memang sangat dihormati dan terus menjadi sumber inspirasi kepada semua blogger.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pujian, adalah satu perkara yang dilakukan untuk menunjukkan rasa seronok dan bahagia kita kepada kehebatan orang lain.  Apabila orang yang berada di hadapan kita melakukan sesuatu yang hebat, maka berikanlah pujian.  Melalui pujian ini, akan merangsangkan hubungan yang lebih baik dan kukuh.  Namun harus diingat, pujian haruslah ikhlas dan bersahaja.  Jangan terlebih hingga menyebabkan pujian bertukar menjadi kejian.

Bagi ibu bapa dan guru, pujian harus sentiasa diberikan kepada anak-anak.  Jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu kebaikan atau kejayaan tertentu, maka janganlah lokek untuk memberi pujian.  Seharusnya pujian diberikan sejurus kebaikan itu berlaku.  Jika kebaikan itu berlaku tiga hari yang lalu, dan baru hari ini diberikan pujian, maka ia sudah kurang keunikan dari segi rasa dan kebahagiaannya.  Seelok-eloknya pujian harus disegerakan.

Apabila ibu bapa atau guru memberi pujian kepada kanak-kanak, pada ketika ini minda kanak-kanak akan berkembang menjadi lebih hebat.  Ini adalah kerana kita telah berjaya merangsang emosi dan perasaannya terhadap sesuatu.  Rangsangan ini akan dikaitkan dengan kebaikan yang dilakukan oleh mereka.  Ini akan mengukuhkan lagi tindakan kebaikan yang mereka lakukan dan minda akan menerimanya sebagai suatu perkara yang penting dalam kehidupan.

Contohnya apabila seorang kanak-kanak melakukan solat,  ibu dan bapanya terus memberikan pujian.  Pada ketika itu, emosi kanak-kanak tersebut akan mekar dan mindanya akan menerima pujian itu dan membentuk satu hukum (dalam pemikirannya sendiri) bahawa jika dia sentiasa bersolat maka ibu dan bapanya akan lebih menyayanginya.  Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut menjadi lebih dekat dengan aktiviti solat kerana mindanya telah dirangsang dengan cukup hebat semasa pujian diberikan.

Puji-pujian yang diberikan haruslah sesuai dan tidak keterlaluan.  Apa yang paling penting, hanya DIAlah sahaja yang sebaik-baik pujian yang perlu kita berikan.

6 ulasan:

  1. Pujian ikhlas sesuatu yg boleh merangsang minda..
    kalau bodek???? hmmmmm
    bodek tu pun adik beradik pujian gak tapiiii ada udang di sebalik mee

    BalasPadam
  2. wahhh.. special promo from Ben! mantop!!!

    BalasPadam
  3. Tgk pada penerimaan individu juga kan...
    Ade org makin maju kerana pujian..
    Ade org terus tenggelam..nak2 ahli sukan kita..
    huhuhu...

    Maha suci ALLAH,yang memiliki segala puji-pujian

    BalasPadam
  4. Nisa'...

    Memang benar tu.
    Bodek pun macam pujian, namun ia lebih keterlaluan dan ada agenda tersembunyi. Tetapi hukum alam sangat indah ciptaanNya ini pasti tidak akan terperdaya. Antara memuji (yang ikhlas) dengan membodek, pasti ada yang dapat merasa perbezaannya...

    BalasPadam
  5. -GC-...

    Saya hanya penulis biasa...
    :)

    BalasPadam
  6. Cik Shinju...

    Itulah pentingnya kena ada ilmu sebelum melakukan sesuatu. Dalam memberikan pujian juga harus ada ilmu. Jika tidak pasti orang yang kena puji mula lupa diri...

    BalasPadam