Salam penuh kasih sayang…
Situasi : Anak baru selesai solat.
Ibu | : | Dah solat? |
Anak | : | Dah ibu. |
Ibu | : | Alhamdulillah. Macam ni le yang ibu suka. Sejuk hati ibu lihat anak ibu solat cukup lima waktu sehari semalam. Bila Along solat, pasti Along akan jadi anak yang lebih baik, dengar cakap ibu, dan lebih rajin dalam pelajaran. |
Anak | : | (Senyum dengan bangga) |
Pujian atas setiap kebaikan harus dilakukan terus sejurus selepas kebaikan itu dilakukan. Ini akan membentuk minda kepada orang yang dipuji bahawa perkara itu memang sewajarnya mereka lakukan, dan mereka layak untuk diberikan pujian.
Pada ketika itu, minda mereka akan terangsang dan membentuk hukum yang sepatutnya. Inilah sebenarnya situasi untuk memberi nasihat yang akan diterima oleh minda secara langsung. Contohnya, sebelum ini si anak agak sukar untuk melakukan solat. Ada ibu bapa yang beranggapan apabila berleter dan memarahi anak yang tidak bersolat dikatakan telah memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak. Sebenarnya tidak. Pada ketika anak melakukan kesalahan, dan ibu bapa berleter, maka ketika itu apa sahaja nasihat dan teguran yang diberikan tidak akan diterima oleh anak. Ini adalah kerana mereka membentuk halangan minda ketika itu. Getaran negatif berlegar kuat dalam minda anak-anak, kerana melakukan kesalahan dan ditambah dengan leteran ibu bapa.
Seharusnya, ibu bapa patut memberi nasihat bersama-sama dengan pujian yang diberikan. Nasihat selepas pujian diberikan akan diterima oleh anak dengan lebih mudah kerana pada ketika itu emosi mereka sangat mekar dan minda mereka terbuka untuk menerima apa sahaja saranan.
Lihat sahaja pada contoh dialog di atas. Setelah anak melakukan kebaikan (solat), ibu terus memberikan pujian atas kebaikan itu. Dalam masa yang sama si ibu mengambil peluang untuk memberi sedikit nasihat supaya si anak menjadi anak yang lebih baik dan rajin belajar. Emosi anak yang sangat mekar (kembang) setelah menerima pujian akan membuatkan mindanya lebih terbuka untuk menerima saranan lain seperti menjadi anak yang dengar kata, rajin, dan bersungguh-sungguh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Situasi : Anak membantu ibu di dapur.
Ibu | : | Ni apahal plak rajin sangat hari ni? Ni mesti ada apa-apa ni! Bagus le kalau macam ni. Kalau le dari dulu macam ni, mesti ibu lebih sayang pada Along. |
Anak | : | …. |
Agaknya, apakah perasaan anak apabila dikatakan seperti dialog di atas?
saya pun rasa teknik ni memuji ni bgs utk perkembangan minda dan self esteem..bukan saja budak tp kita yg dewasa ni..bukanla kita nk selalu dipuji tp kdg2 rs dihargai tu nk juga kan..??
BalasPadambudak2, kalau dipuji... dorg akan lebih bersemangat untuk melakukan perkara tersebut... tp jika apa yang mereka lakukan tidak dihargai, maka hilangla keinginan untuk melakukannya....
BalasPadamhaa..tak dapat digambarkan perasaan anak itu (-_-)
BalasPadamalamak. potong la! hu~
BalasPadamFitri Senin...
BalasPadamOrang dewasa pun memang perlu dipuji.
Puji ni tanda penghargaan. Setiap penghargaan ini akan menambahkan lagi semangat dan keyakinan untuk terus melakukan kebaikan itu...
dwaty...
BalasPadamItulah yang dinamakan pujian untuk menghargai.
Apabila mereka rasa dihargai, maka kebaikan itu akan terus dilakukan. Apabila mereka kerap melakukan kebaikan itu dan sudah menjadi kebiasaan, maka kebaikan itu akan terus kekal dalam diri mereka...
qucachahir...
BalasPadamTentu rasa sentap je!!!
gB...
BalasPadamPotong...
:(