Sabtu, 5 Mac 2011

Percaya dan Yakin

Salam penuh kasih sayang daripadaku buat semua…

gerhana Gambar daripada internet

Percaya dan Yakin, Sudahkah Anda Menguasainya?

Kepercayaan dan keyakinan adalah suatu nilai yang perlu ada dalam diri kita.  Sebagai seorang Islam, kita tentu sudah dididik sejak kecil lagi untuk membentuk kepercayaan dan keyakinan dalam diri.  Hal ini berlaku melalui didikan membentuk keimanan dan kepercayaan.  Mungkin perkara itu lebih menjurus kepada hal spiritual atau keagamaan, namun konsepnya adalah sama; membentuk keyakinan.  Apabila keyakinan sudah ada, maka perkara lain berkaitan dengannya akan dapat kita laksanakan dengan lebih mudah.  Contohnya, apabila kita yakin tentang perintah ALLAH untuk melaksanakan solat, maka pasti kita akan dapat menepati kehendak tanggungjawab itu dengan lebih mudah.

Berbalik kepada soalan tadi, ‘sudahkah anda menguasainya’?  Hal ini kurujukkan berkenaan dengan situasi dalam kehidupan kita.  Kebanyakan daripada kita menginginkan kejayaan (pelajaran dan pekerjaan), mahukan kemewahan (kewangan dan harta), mengimpikan kebahagiaan (cinta dan kasih sayang), dan pelbagai jenis impian dan keinginan yang lain.  Persoalannya, adakah kita benar-benar yakin mampu untuk memilikinya?

Melalui keyakinan dan kepercayaan bahawa kita pasti boleh mencapai apa yang kita hajatkan itu, maka pasti kita akan dapat merasakan kemanisan kejayaan itu.  Memang diakui bahawa setiap sesuatu itu tetap berlaku dengan keizinanNya jua, namun ia perlu bermula daripada diri kita sendiri.  Contohnya jika kita hendak ke utara, maka tindakan kita haruslah memandu kenderaan menuju ke jalan dan simpang untuk ke utara.  Mana mungkin jika kita membelok ke arah selatan dan berharap untuk sampai ke utara. 

Situasi ini menunjukkan tindakan dan kepercayaan kita untuk mendapat sesuatu itu perlu bermula daripada dalam diri kita sendiri.  Keyakinan untuk mencapai kejayaan akan membuatkan segala tindakan kita menjurus kepada kejayaan tersebut.  Umpama seorang budak di bangku sekolah yang inginkan kejayaan.  Apabila dia memikirkan kejayaan, mana mungkin dia akan melengah-lengahkan usaha untuk mencapai kejayaan tersebut.  Jadi, melalui keyakinan untuk berjaya itu akan membuatkan dia bangun untuk melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan tersebut.

Percaya dan yakin, kekadang diganggu oleh satu perasaan yang sukar untuk diterangkan.  Perasaan yang dimaksudkan itu adalah ragu-ragu.  Jika kita ragu-ragu, itu adalah merupakan masalah besar untuk mencapai kejayaan tersebut.  Umpama gambaran memandu kereta ke utara tadi….sedang selesa memandu ke utara (gambaran kepada yakin untuk berjaya) tiba-tiba kita membelok ke selatan ( gambaran kepada ragu-ragu ), maka pasti hasilnya kita tidak akan sampai ke utara.

Sudahkah anda menguasai keyakinan dan kepercayaan anda untuk berjaya?

7 ulasan:

  1. salam..

    biasanya kita punye cita-cita mmg besar, tapi sifat ragu-ragu tu kadang2 tak boleh nak kawal lah...

    BalasPadam
  2. salam

    ragu2, samada ely mazlin nak ke kat saya..huhu

    gurauje..saya sokong, banyak berlaku dalam dunia pendidikan..

    BalasPadam
  3. kadang2 bila terlalu yakin tapi hasilnya tidak seperti yg kita harapkn akan memberi kesan kepada kita iaitu kecewa

    BalasPadam
  4. GB...

    Kalau kita didik diri dengan kuat, pasti sedikit demi sedikit ragu2 itu akan hilang. Ini adalah kerana kedua-duanya adalah perkara yang saling bertentangan. Ragu-ragu mungkin akan tetap hadir dalam diri, namun kita kena kuat untuk menghalangnya...
    Yakin vs ragu-ragu...itulah yang perlu kita lakukan. Segalanya ada dalam minda kita saja. Hanya kita yang mampu membuat keputusan untuk memenangkan siapa antara keduanya...

    BalasPadam
  5. IMANSHAH...

    Elly Mazlin?
    Ragu-ragu?
    Jangan ragu lagi, dia memang syok kat awak le...
    :)

    BalasPadam
  6. GKSP...

    Takpe, itu semua mainan dalam kehidupan. Berjaya atau tidak bergantung kepada usaha dan kehendakNya. Namun, janganlah pula kita merasa sangat kecewa hingga mengurangkan kehendak dan impian itu. Mungkin belum masanya lagi agaknya.
    Teruskan keyakinan, insyaALLAH pasti ada kejayaan kepada kita nanti...

    BalasPadam
  7. Selalunya saya yakin kejap jer..
    Bila ade dugaan sket trus ragu2..
    Susah nak kuatkan azam..

    BalasPadam