Isnin, 21 Mac 2011

Histeria dan minda manusia

Salam penuh kedamaian…

Aku ingin mencatat suatu perkara yang berlaku semalam.

merpati Gambar daripada internet

Malam tadi, sekitar jam 9:30 malam, aku yang sedang menyiapkan beberapa laporan tugasan di rumah telah menerima satu panggilan telefon.  Panggilan itu daripada seorang guru perempuan yang bertugas mengajar kelas malam pada malam tadi.  Jelas kedengaran suaranya yang ketakutan.  Katanya, ada budak diserang histeria..!  Lantas, aku bergegas ke sekolah untuk memantau keadaan. 

Setibanya aku di sekolah, keadaan telah tenang.  Kelas diteruskan namun dalam keadaan yang masih panik.  Beberapa orang murid (mangsa) kelihatan masih berehat.  Aku menemui guru yang menelefon aku untuk mendapatkan cerita yang lebih jelas.  Katanya, semasa beberapa orang murid perempuan ke tandas, mereka terpandang tuala wanita yang dibuang secara semberono.  Apa yang lebih menakutkan mereka adalah kehadiran dua ekor burung merpati yang sedang terbang berpusing-pusing mengelilingi ‘barang’ tersebut.  Selepas daripada itu, mereka semua terus menjerit-jerit dan tidak sedarkan diri.

Aku terus ke tandas yang dimaksudkan dan memang ada dua ekor merpati kelabu yang masih mengelilingi ‘barang’ itu (seolah-olah seperti sedang mengawalnya).  Aku kembali ke kelas untuk mencari penyapu.  Tujuanku adalah untuk cuba membuang ‘barang’ tersebut.  Aku kembali semula ke tandas dan mendapati kedua-dua ekor burung merpati itu sudah tiada.  ‘Barang’ tersebut aku alihkan dan buang dengan ‘lebih teratur’.

Ke mana perginya kedua-dua merpati tadi?

Apakah yang menyebabkan murid-murid yang terlibat itu terkena histeria?  Adakah ianya suatu mainan minda yang menakutkan sahaja?

3 ulasan:

  1. assalamualaikum..

    memang misteri sungguh..budak pompuan sekarang pendang ringan je mende nie..cube la buang dengan teratur cikit

    BalasPadam
  2. susah nak cakap. tapi kalau ikut logik akal, mungkin minda mereka yg terganggu. tapi tak boleh lupa juga bahawa dalam dunia ni bukan manusia dan binatang je yang ada....

    BalasPadam
  3. pengotornya sapa yg buang pad macam tu je! haishhh

    BalasPadam