Isnin, 7 Mac 2011

Percaya dan Yakin ~ 2

Salam penuh kebahagiaan….

tangkal Gambar daripada internet

Pernah lihat tangkai dan azimat?  Pernah lihat aktiviti pemujaan di ‘kawasan keras’?  Pernah menggunakan jampi serapah?

Persoalan-persoalan di atas adalah situasi yang dikaitkan dengan budaya orang Melayu di gugusan Nusantara ini.  Mungkin suatu masa dahulu ia amat dekat dengan masyarakat kita kerana anutan orang Tanah Melayu suatu masa dahulu berkenaan animisme dan campuran agama Hindu (sebelum kedatangan Islam).  Namun, sedikit demi sedikit, situasi dan amalan di atas semakin dilupakan.  Tetapi, tidak dinafikan sekarang masih ada yang melakukan amalan kurafat seperti di atas.

Mungkin suasana ketika tahun 70-an dulu dapat memberikan gambaran kepada kita.  Pada ketika itu berlaku satu bentuk pertembungan kepercayaan dan keyakinan ketika hendak mendapatkan rawatan.  Ada satu golongan lebih percayakan bomoh dan dukun, namun ada satu lagi golongan lebih mencadangkan rawatan kedoktoran.  Pertembungan yang berlaku mungkin akan mengubah kepercayaan dan keyakinan kita kepada suatu institusi rawatan kepada rawatan yang lain.  Contohnya, apabila seseorang itu diserang suatu penyakit yang menyebabkan suhu badannya meningkat, maka bomoh akan berkata orang itu terlangkah ‘rumah’ orang bunian menyebabkan dia diserang.  Namun setelah menjalani beberapa siri rawatan bersama dengan bomoh itu dan masih belum sembuh maka dibawa pula pesakit berjumpa doktor.  Setelah diperiksa dan didiagnosis didapati bahawa orang itu terkena penyakit demam malaria.  Setelah menjalani rawatan yang ditetapkan dan dengan keizinanNya maka sembuhlah pesakit itu.  Maka pada ketika itu, keyakinan dan kepercayaan terhadap rawatan bomoh mula diragui.

Suatu situasi yang lain pula, seorang lelaki batuk tanpa henti beberapa lama.  Keadaannya bertambah parah hingga batuk mengeluarkan kahak darah.  Apabila diusul kepada rawatan doktor, tiada apa-apa penyakit yang dikesan.  Doktor hanya membekalkan ubat tahan sakit dan cadangan untuk berehat.  Setelah dibawa kepada bomoh pula, didapati bahawa lelaki itu terkena santau.  Rawatan bomoh dijalankan dan dengan keizinanNya maka sembuhlah lelaki tersebut.  Pada ketika ini pula, keyakinan terhadap doktor berkurang dan bertambahnya keyakinan terhadap perawatan jampi dan serapah.

Dua situasi di atas menunjukkan kepercayaan dan keyakinan kita boleh berubah apabila kita menghadapi sesuatu situasi.

Sebenarnya, ia ada dalam minda kita.  Apabila kita yakin kepada sesuatu perkara, tubuh akan bekerja untuk menguasai keadaan yang sesuai dengan keyakinan tersebut.  Namun, jika keyakinan dan kepercayaan itu diganggu, maka tubuh akan menolakkan dengan arahan minda.  Sama seperti situasi memakai tangkal dan azimat, jika kita meyakininya (dengan kehendak kuasa minda manusia), maka pasti tubuh akan bekerja untuk menguasai diri menjadi kebal dan sebagainya.  Namun jika kita tidak meyakininya, maka pasti kita tidak akan kebal walaupun memakai 10 tangkal di badan.  Sama seperti situasi meminum air jampi, ada yang yakin dengan jampi yang dibacakan menyebabkan penyakit yang ada hilang serta merta.  Namun jika kita meyakininya, maka pasti air itu hanya sekadar melepaskan dahaga di kerongkong…

5 ulasan:

  1. jampi2 ni rasanya blg kowt tapi tu hanya kita berusaha...
    dalam2 masa yang sama kita kena percaya dan berdoa pada NYA :D

    BalasPadam
  2. apa-apa pun yakinlah dengan kuasa Allah..

    satu lagi rasanya keyakinan minda dipengaruhi oleh org lain dan apa yg dipaparkan media

    BalasPadam
  3. frankly, saya jenis yang tak suka berubat sebab rasa macam tipu je. mana taknya, kalau dah teruk sangat saya akan jumpa doktor, tapi lepas keluar je dari klinik terus rasa baik. macam tipu je kan?

    BalasPadam