Salam penuh kasih sayang…
Gambar daripada internet
Sepanjang mengkaji tentang psikologi dan sains kuasa minda, aku sangat mementingkan penerangan berkenaan dengan pemikiran positif. Pemikiran positif adalah kunci kepada mencipta keupayaan kuasa minda yang sangat hebat dalam diri manusia. Semakin kuat pemikiran positif yang berjaya dipupuk dan disemadikan dalam diri kita, semakin kuatlah pancaran positif berlaku. Pancaran ini akan menerawang ke alam dan menarik getaran yang sama dengannya mendekati pemancarnya (diri kitalah pemancar tersebut). Jika ini berlaku, maka apa yang diusahakan akan menjadi lebih mudah dan berjaya (pasti sahaja dengan kehendak dan keredhaanNya)
Namun, dalam dunia ini ada pasangan masing-masing. Jika malam bersama siang, panas dengan sejuk, terang dengan gelap, maka positif juga ada pasangannya iaitu NEGATIF!
Konsepnya adalah sama. Jika kita memancarkan pemikiran negatif, maka perkara-perkara negatiflah yang akan ditarik kepada kita. Getaran negatif dikatakan lebih kuat daripada positif. Oleh itu, berhati-hatilah, kerana walau sedikit difikirkan, ia memberi kesan yang sangat kuat. Pemikiran negatif umpama tsunami. Jika sekali ia melanda, maka ia bisa memusnahkan kota yang sekian lama tersergam gah!
Orang yang sering perfikiran positif adalah orang yang lebih tenang, harmoni, mudah bergaul, dan jarang merasa tertekan dengan suasana sekeliling. Bagi mereka, setiap halangan yang mendatang akan dihadapi dengan rasional. Untuk menghasilkan pemikiran positif, maka kita perlu berlatih sentiasa. Ketenangan diri dan emosi adalah kuncinya.
Berbeza dengan pemikiran negatif yang terjadi kepada orang yang mudah terganggu. Bagi orang yang sering berfikiran negatif, setiap sesuatu masalah adalah perkara yang sangat bermasalah hinggakan ia mencipta lebih banyak masalah. Kesannya, kehidupan mereka menjadi lebih bermasalah dan tidak menentu.
manusia pun ada unsur api, air, tanah dan angin jugak kan.. hihi
BalasPadamYe, betul tu. Sebab itu ada yang kelihatan tenang, dan ada yang cepat marahnya. Namun, apa yang penting adalah kita tahu jika kita marah-marah maka itu adalah sifat negatif yang mungkin menyebabkan kita tidak disukai. Oleh itu, cubalah didik diri untuk menjadi lebih positif.
BalasPadamAda yang beranggapan, jika dia berunsur 'api' pasti sahaja dia cepat marah.
Namun, pandangan ni aku sangkal sama sekali. Ini adalah kerana aku sudah berjaya membuktikan bahawa 'api' yang cepat marah ni, apabila dididik dengan baik, maka ia juga boleh menjadi individu yang penyabar (positif).
betul.. bila kita lawan api dengan api maraklah ia.. cuba kita lawan dengan air.. lambat-laun ianya akan padam dan sejuk..
BalasPadam