Salam kemesraan buat semua…
Ada seorang rakanku berkata ‘aku berat kepala sekarang…’
Maksudnya ; dia tengah serabut.
Istilah berat kepala digambarkan dengan minda yang sesak, sukar untuk melaksanakan tugas yang banyak dan bertimbun-timbun kerana banyak berfikir, jiwa yang tidak tenang dan sebagainya.
Apa yang penting di sini adalah, minda memang ada kaitannya dengan jiwa. Apabila jiwa tidak tenang kerana sesuatu (kerja, tugasan, masalah peribadi, tekanan belajar dsb) maka pasti minda tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar.
Oleh itu, tenang-tenangkan jiwa kita. Pasti kepala tidak lagi serabut, tidak lagi berat. Minda akan dapat berfungsi dengan baik dan damai.
Bagaimana mahu menenangkan jiwa?
- Teknik pernafasan sempurna.
- Solat / Berzikir.
- Berada di tempat yang menyenangkan.
- Senyum.
- Terapi air.
saye pun tgh berat kepala sekarang...
BalasPadamblh la guna tips ni ...
Sallam,
BalasPadamamat menarik,
Walaupun cik hadi 'berat kepala' pasti maintain cute...
BalasPadamjom ringan pan kepala
BalasPadam