Rabu, 30 Mac 2011

Berhenti Bercakap…

Salam hormat…

tutup

Gambar daripada internet 

Pernah berjumpa, dan bersahabat dengan orang yang ‘banyak cakap’?

Bagi diriku sendiri, aku ada beberapa orang kenalan yang dikategorikan sebagai orang yang banyak cakap.  Dari satu segi, individu seperti ini dikatakan bagus kerana mereka sangat mesra dan kekadang terlebih mesra.  Namun, dari satu segi yang lain, mereka ini dianggap keterlaluan.

“Bercakap apabila kita tahu, dan diam apabila kita berfikir.”

Kata-kata di atas kuterima daripada Aki (arwah).  Menurut Aki, jika kita sudah tahu sesuatu, maka bercakaplah.  Bercakap di sini adalah untuk menerangkan sesuatu, menjelaskan apa yang kita tahu, supaya pengetahuan itu dapat disampaikan.  Namun, jika kita tidak tahu, maka diamlah untuk berfikir.  Semasa kita diam (tidak bercakap-cakap) barulah menunjukkan yang kita sedang memikirkan sesuatu.

Tambah Aki…

Menjadi sangat malang apabila orang yang tidak tahu juga sibuk hendak bercakap.  Seolah-olah menunjukkan yang dia tahu, sedangkan dia tak tahu.  Keadaan ini sebenarnya semakin menunjukkan yang mereka tidak tahu apa-apa (bahasa kasarnya; BODOH)  Namun, jika mereka tidak tahu dan mereka berdiam, orang di sekeliling akan lebih menghormati mereka.  Sekurang-kurangnya mereka tidak dianggap syok sendiri kerana terus berkata-kata sedangkan perkataan yang mereka tuturkan itu semuanya hampas belaka…

26 ulasan:

  1. orang berfikir: hati di depan.. lidah dibelakang..
    berfikir dulu baru berkata..

    orang **: lidah di depan.. hati di belakang.. cakap pakai lepas saja..

    BalasPadam
  2. berdiam lebih baik daripada berkata-kata... bagi tips macam mana nak belaja berdiamkan diri..nice article by the way

    BalasPadam
  3. SAYA BANYAK CAKAP..TAPI KALO TAK TAK TAHU PASAL SESUATU SAYA AKAN SENYAP..HEHEHEH

    BalasPadam
  4. setuju sangat... jumpa blog ni dari blog abg ben...

    BalasPadam
  5. salam singgah...terima kasih ats kewujudan blog ini..saya suka baca..rs tenang je bila dok tensen2 kt opis..

    BalasPadam
  6. Salam...

    Betul cakap Ben, blog ini bagus...

    banyak ilmu boleh diperolehi..

    BalasPadam
  7. ilmuwan bercakap bagaikan kluar mutiara dari mulutnya...tak ketahuan bercakap umpama mata pisau yg menikam sukma :P

    BalasPadam
  8. cakap banyak untuk menghiburkan orang xpe kn??

    hikhik

    BalasPadam
  9. kategori yang banyak cakap tu masih boleh tahan lagi kalau cakap pada perkara yang kita rasa penting dan perlu tapi bila time kita nak bagi pendapat dia asyik mencelah tu yang tak tahan..

    rasa macam hei.. kau boleh diam kejap tak, tunggu aku cakap dulu..
    kang kalau cakap kecik ati pulak.. tak cakap kita sakit hati..

    BalasPadam
  10. heehee saye ade sorang, saudara sebelah hubby...senang nye bile die byk bercakap, semua info die tahu..:)

    meh ke rumah..
    ~to all drivers in Malaysia..~
    keep in touch ye..♥♥♥

    BalasPadam
  11. Salam Kenal..

    Betul tuh... org kate bile byk sgt ckp benda yg merapu hanya menunjukkan kebodohan kite.. nnt kerana mulut badan binasa..

    p/s: MC seorg yg peramah gak.. tp bukan semua perkara MC borakkan.. yg taw je r..(^_^)

    BalasPadam
  12. saya cakap banyak dan cakap laju.

    nampaknya kena la dikurangkan. :)

    BalasPadam
  13. Hunny pie...
    Lidah adalah gambaran hati.
    Jika lidahnya baik, pasti berpunca daripada hati yang baik. Begitu jugalah sebaliknya.
    Apa yang paling penting, gunakan minda untuk memastikan hati dan lidah sama-sama terpelihara.

    BalasPadam
  14. Mimimemo...

    Jika nak berdiam, kita perlu ada sesuatu perkara yang difikirkan. Maksud aku, perkara yang difikirkan itu haruslah perkara-perkara penting, yang melaksanakan pemikirannya dengan kritis. Jika sekadar fikir hari ni nak makan apa, itu tidak dikira.
    Jarang ada orang yang dapat berfikir tentang perkara kritis namun dalam masa yang sama dia masih rancak berbicara...
    Nak belajar berdiam, harus berfikir.

    Namun, berdiam tidak semestinya menunjukkan seseorang itu berfikir. Ada juga yang berdiam kerana 'terlena'...

    BalasPadam
  15. Finaz Jaafar...

    Banyak bercakap itu tandanya mesra...bagus tu.
    Tapi jika orang yang banyak cakap tetiba berdiam kerana tiada apa yang hendak dicakapkan, maka itu menunjukkan seseorang itu bijaksana...

    BalasPadam
  16. Dwaty....

    Terima kasih. Moga dapat berkongsi di sini...

    BalasPadam
  17. Fitri Senin...

    Membaca akan menguatkan minda...
    Teruskan membaca kerana minda yang dirangsang dengan bahan bacaan akan menjadi minda yang sangat hebat suatu hari nanti.

    BalasPadam
  18. Cempaka Biru....

    Semoga sama-sama dapat kita berkongsi ilmu di sini...

    BalasPadam
  19. Nisa'...

    Itulah yang membezakan antara orang berilmu dengan orang yang kurang. Memang daripada percakapan dan bahasanya, dapat kita gambarkan kehebatan seseorang.

    BalasPadam
  20. Cik Hani...

    Bercakap untuk menghibur, pasti akan membuatkan orang berbahagia dengan kata-kata kita.

    BalasPadam
  21. Aizamia3...

    Memang benar...
    Orang yang macam tu kekadang kena ada yang 'menegurnya'. Kalau tak, nampaknya kita yang berhadapan dengannya terpaksa menerima seadanya le...

    BalasPadam
  22. Dda Ly...

    Salam kunjungan ke sana nanti...

    BalasPadam
  23. MC...

    Kalau bercakap tu dapat memberi kebaikan kepada semua, tak de salahnya. Yang penting, kita semua dapat menjaga cara pertuturan dan berhemah semasa berkomunikasi...

    BalasPadam
  24. GB...

    Walau tak pernah bersua, namun aku dapat meneka, memang hang ni jenis cakap laju...!

    BalasPadam
  25. Betul kata Aki awk tu...
    Kalau xtau pape tp pura2 tau nampak bodoh jer..
    Mcm tin kosong,bunyi jer lebih...

    Kalau kita diam walaupun kita mmg xtau tp x nampak bodoh..

    BalasPadam
  26. Cik Shinju...

    Itulah gambar kepada manusia. Ada yang beria-ia nak tunjukkan yang dia tahu segala-galanya, namun dia tidak sedar bahawa orang di sekeliling sudah muak dengan perangainya yang menampakkan kebodohannya sendiri...

    BalasPadam