Salam penuh kebahagiaan…
“Macam aku kenal, tapi di mana ye?”
Ungkapan dialog ini sudah biasa kita dengar. Apa yang menyebabkan dialog seperti ini diucapkan? Ia berlaku adalah kerana kita tidak berjaya mengingati semula nama seseorang yang mungkin pernah kita kenal suatu masa dahulu.
Otak manusia adalah gedung penyimpanan maklumat. Kita mampu untuk menyimpan berbillion maklumat dalam satu masa. Salah satu jenis maklumat yang dimaksudkan adalah nama dan wajah seseorang.
Untuk melakukan penyimpanan maklumat secara kekal, kita perlulah mengenali dan berkenalan rapat dengan seseorang itu. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengenali dengan lebih rapat dan sekaligus memudahkan otak menyimpan maklumat seseorang itu. Antaranya ;
- Perhatikan matanya
Semasa memulakan perbicaraan dan sepanjang perbualan dengan seseorang yang baru kita kenali, pandanglah matanya. Namun, jangan ditenung. Perbuatan memenung akan menyebabkan seseorang yang baru hendak dikenali akan merasa tidak selesa. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan memerhati kepada salah satu mata orang yang di hadapan kita. Jika kita memandang ke mata kirinya, maka teruslah pandangan ke mata kiri sahaja tanpa menukar-nukar ke arah mata yang lain. Keadaan ini akan ‘menjalinkan’ satu bentuk hubungan antara diri kita dengan diri orang yang baru kita kenali itu.
2. Perhatikan keunikannya
Setiap daripada kita pasti ada keunikan tersendiri. Cuba perhatikan keunikan tertentu yang ada pada orang yang baru kita kenali. Mungkin keunikan yang ada adalah dari segi bentuk muka, kecantikan lesung pipit atau senyumannya, tahi lalat yang menawan, cara bercakap dan berjalan, dan sebagainya. Apabila kita dapat mengenalpasti keunikan tertentu yang ada pada seseorang itu, maka kita akan dapat mengingati orang itu dengan lebih mudah pada masa akan datang.
3. Sebut namanya
Semasa berbual dan berkenalan dengan seseorang yang baru dan asing, maka sebutlah namanya. Semasa menyebut dan memanggil nama seseorang yang baru kita kenali akan membuatkan kita dapat mengingat nama dan wajahnya dengan lebih mudah.
As salam...
BalasPadamTips yg bagus,mekasih...
Saya ade problem mengingat nama org..
Selalunya muka ingat tp nama x ingat..huhuh
Cik Shinju...
BalasPadamTeknik ni berguna untuk permulaan perkenalan.
Ada satu teknik lagi iaitu dengan cara merenung ke perjalanan aliran darah di mata...huhuhu..tapi nanti le, di lain masa akan diceritakan.
ENTRY YG MENARIK.. :) HAPPY BLOGGING OK.. :)
BalasPadam