Jumaat, 16 September 2011

Tanaman Herba

Salam kedamaian buat semua….

herbaGambar daripada internet 

Hari ini adalah hari beristirehat buat KM.  Setelah hampir 8 bulan bertungkus lumus bersama dengan anak-anak di sekolah yang hendak menduduki peperiksaan UPSR (baru sahaja berakhir kelmarin), maka hari ini berpeluanglah KM untuk berdamaian di internet.

Seharian KM menelusuri laman-laman web dan blog berkenaan tanaman herba.  Memang banyak ciptaan ALLAH dari segi tumbuhan yang menjadi kebaikan kepada kita semua.  Semasa melakukan bacaan berkenaan tanaman herba ni, ada yang biasa KM temui pokoknya dan menikmati khasiatnya, dan ada tumbuhan dan tanaman herba yang tidak pernah KM temui.

Apa yang penting di sini adalah, kesedaran kita berkenaan tanaman dan tumbuhan ini.  ALLAH jadikan setiap sesuatu itu dengan kebaikannya tersendiri, dan tidak sia-sia.  Hanya kita yang mahu atau tidak mahu untuk memerhati, mengkaji, dan menerima kebaikan itu sebaik mungkin.

Bercakap berkenaan dengan herba, fikiran KM tertumpu kepada sebuah syarikat bumiputera Islam iaitu HPA.  Mungkin anda semua juga pernah mendengarnya.  KM memang sudah beberapa tahun bersama dengan syarikat ini.  HPA (Herba Penawar Alwahida) menumpukan ubatan herba pada permulaan penubuhannya.  Kemudian, terus berkembang kepada keperluan harian yang lain seperti keperluan peribadi, makanan, produk kecantikan dan sebagainya.  Apa yang penting adalah semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk adalah daripada bahan yang halal terutama berkaitan herba yang biasa terdapat di negara kita.

Sehingga ke saat ini, KM telah menggunakan produk HPA untuk hampir keseluruhan keperluan harian, bermula dengan jagaan diri hinggalah ke sabun pencuci.  Ini adalah kerana KM sangat yakin dengan bahan yang digunakan dalam penghasilan produk.  KM doakan agar HPA akan terus berkembang dan dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Daripada pengamatan KM, pasaran di Pantai Timur masih belum meluas.  Ini mungkin kerana permintaan yang tinggi tetapi penawaran barangan yang terhad.  Berbeza jika KM balik ke Penang, yang barangan sentiasa cukup di sana (mungkin kerana lebih dekat dengan Perlis dan Kedah yang menjadi negeri pengilang produk HPA).  Sebab tu, bila KM balik ke kampung pada kelapangan cuti, KM akan beli barangan HPA untuk keperluan di sini.  Mungkin HPA perlu membina lebih banyak kilang di sebelah Pantai Timur untuk memenuhi keperluan permintaan di sebelah sini pula.

Apa yang pasti, produk herba memang mendapat sambutan yang tinggi.  Ini berpunca daripada kefahaman dan kesedaran pengguna tentang kesan sampingan yang akan berlaku jika menggunakan ubatan kimia secara berterusan.  Herba adalah ciptaan ALLAH Taala.  Terdapat banyak kebaikan yang ada padanya yang masih belum kita temui sepenuhnya. 

3 ulasan:

  1. kat kuching pun produk HPA susah nak dapat..

    BalasPadam
  2. waa..bestnya jadi bdak UPSR..hihihi..

    betol2..produk herba skang banyak sambutan..sayang kalau hasil hutan kita tu diambil oleh penyelidik asing..mcm jepun..ramai dari diorg datang ke malaysia semata2 nak ambil sample dari hutan malaysia yang kaya dgn pelbagai herba....

    BalasPadam
  3. herba kat negara asia ni je la yang meluas sikit kan..

    kat lain dah tak banyak..

    BalasPadam