Rabu, 28 September 2011

Kamu Tidak Akan Gagal…

Salam kedamaian buat semua…

SELAGI KAMU TIDAK BERPUTUS ASA, KAMU TIDAK AKAN GAGAL!

ombak besar Gambar daripada internet

Dalam kehidupan kita ini, tidak terlepas daripada menghadapi cabaran.  Cabaran hidup adalah satu bentuk masalah.  Namun, jangan fikirkan ia sebagai satu MASALAH.  Semakin kuat kita memikirkan ia sebagai masalah, maka semakin banyaklah masalah yang akan hadir dalam hidup kita.  Sebaliknya, fikirkan ia adalah CABARAN.  Sesuatu cabaran itu adalah lebih positif kepada pemikiran manusia.  Cabaran berbeza dengan masalah.  Cabaaran adalah sesuatu yang datang memberikan rintangan kepada kita dan ia akan mendewasakan diri dan pemikiran kita.

Jika kita menghadapi cabaran, janganlah mudah untuk berputus asa.  Teruskan mencari jalan penyelesaian kepada cabaran itu dan jadikan ia sebagai sesuatu yang memberi kekuatan dan semangat kepada kita.  Selagi kita tidak berputus asa, maka kita tidak akan gagal.  Mungkin dalam sesuatu keadaan kita akan menghadapi cabaran yang sangat hebat dan sukar untuk kita lalui.  Namun, cuba teruskan dengan beberapa cara penyelesaian.  Jika kita menyerah kalah, maka cabaran itu telah mengagalkan kita.  Namun, jika kita meneruskan usaha untuk mengadapinya, pasti kejayaan akan bersama kita.

Dalam kuasa pemikiran dan minda manusia pula, apabila kita meneruskan usaha untuk berjaya, maka kita telah membina kekuatan yang sangat hebat dalam minda.  Kekuatan inilah yang akan memberikan ‘ilham’ kepada kita untuk merancang dan merencana tindakan-tindakan yang perlu kita laksanakan untuk menghadapi masalah tersebut.  Semakin kuat kuasa minda kita, semakin banyak ‘ilham’ yang akan datang untuk menunjukkan jalan.

Dan ingatlah bahawa; ilham itu sebenarnya datang daripada ALLAH Taala untuk menjadi panduan kepada kita….

3 ulasan:

  1. Wah..semangat baca n3 ni...
    Kena kuatkan minda baru dpt ilham..ermmm...
    Saya selalu putus asa..kira dah gagal la tu kan..

    BalasPadam
  2. YA!!! KM....

    ila pun nak berjaya.....

    yang pasti kita kena rajin usaha dan terus berusaha.....pasti akan berjaya....insyaAlah...

    BalasPadam
  3. saya pernah hampir berputus asa dalam sesetengah urusan dalam hidup. tapi bila mengenangkan hidup saya ni taklah seteruk org lain, saya jadi positif semula. :)

    BalasPadam