Salam kasih sayang daripada KM.
Beberapa hari lalu, KM telah ‘bercuti’ setelah sekian lama melaksanakan tugasan tanpa mengambil apa-apa cuti rehat. Dalam kembara KM di sebuah lokasi perkhemahan, KM bertemu dengan sejenis pokok melilit. KM tidak ingat apa nama pokok yang dinyatakan oleh rakan KM yang bertindak sebagai penunjuk jalan itu. Namun, ada sesuatu yang menarik berkenaan pokok ini yang membuatkan KM terfikirkan sesuatu.
Apa yang menarik perhatian KM adalah bentuk lilitan pohon itu dan susur pautnya berlingkar dalam bentuk arah lawan jam, dalam erti kata yang lain adalah dalam bentuk pusingan tawaf. KM cuba kenal pasti beberapa pohon melilit yang ada di sekitar kawasan itu. Memang benar, semuanya dalam keadaan pusingan tawaf.
Adakah semua pokok melilit akan berkeadaan seperti itu? KM tidak pasti… Tetapi KM merasakan sangat indah keadaan lilitan itu dan ingin menyelidiki keadaan ini dengan lebih lanjut. Maksudnya, KM ingin berusaha untuk melakukan pemerhatian kepada mana-mana pokok yang melilit, sama ada semuanya berkeadaan pusingan tawaf atau hanya sebahagian daripadanya sahaja.
Yer meh? Saya x pasan plak...
BalasPadamNt nak perati gak la segala pokok melilit yg ade keliling umah ni..huhuhu...
singgah follow sini
BalasPadamsudi2 le follow ai pulak
hehehe
maceh
rahsia dan misteri alam =) cewahhh~
BalasPadamIndahnya makhluk Allah s.w.t kan? Banyak perkara yg berlaku diluar pemikiran kita. Subhanallah.
BalasPadam