Selasa, 6 September 2011

Rahsia Pembuka Pintu Rezeki

Salam kedamaian buat semua.

Sebuat entry pendek sahaja daripada KM hari ini, kerana KM masih dan sedang melaksanakan aktiviti luar.

Bercakap tentang rezeki, semua orang tahu bahawa rezeki adalah milik ALLAH dan DIAlah yang mengurniakannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.  Harus diingat bahawa rezeki bukan hanya sekadar wang ringgit dan harta benda, rezeki meliputi apa sahaja yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan ini.  Hatta, sebuah parking sekalipun!

Pernah sekali, sewaktu KM bersama dengan seorang rakan di sebuah bandar, sedang mencari-cari parking untuk ke sebuah bank kerana urusan.  Tiba-tiba ada sebuah kereta yang hendak keluar dan dapatlah kami memiliki parking yang kosong itu.  Lantas KM merasa bersyukur sekali dan mengucapkan alhamdulillah.  Teman KM itu bertanya, kenapa perlu ucapkan syukur?  Bukan dapat duit ke, makan ke,….

Di situlah konsep rezeki yang perlu kita fahami dengan jelas.  Rezeki bukan sekadar duit, harta, atau makanan.  Rezeki ALLAH sangat luas dan mewah untuk kita nikmati.  Dengan mudahnya mendapat parking itu juga adalah rezeki ALLAH.  Andai kata kami mendapat parking yang jauh, atau langsung tiada hingga beberapa lama, tentu sahaja banyak pekerjaan lain yang terganggu.  Namun, dengan kehendak dan rahmatNya, tiba-tiba sahaja sewaktu melalui kawasan itu, ada kereta yang hendak keluar.  Maka itulah rezeki bagi kami….Dan kita perlu faham dan jadikan ia sebagai rasa kesyukuran tentang ‘rezeki parking’ tersebut.

Ada 5 amalan yang biasanya diamalkan oleh tuan-tuan guru yang diajarkan kepada KM, perihal membuka pintu rezeki.  Mungkin kita semua dapat jadikan sebagai amalan harian dan terus menjadi asbab untuk mendapat kemurahan rezeki yang pelbagai daripada ALLAH.  Amalan tersebut adalah :

  1. Beribadat malam
  2. Mengucapkan istighfar pada 1/3 malam ( awal subuh, jadikan zikir )
  3. Banyakkan berzikir pada pagi dan petang
  4. Sentiasa bersedekah
  5. Sentiasa mengucapkan syukur atas setiap suatu nikmat yang diterima (walaupun sekecil mana)

6 ulasan:

  1. SALAM SYAWAL,
    TERIMA KASIH ATAS PANDUAN

    BalasPadam
  2. terima kasih KM atas tips neh..

    akan ku amalkan...sama2 la kita semua di murahkan rezeki dari Allah..;-)

    BalasPadam
  3. salam KM,
    dah lama tak berkesempatan bertandang ke blog ini untuk membuka minda.

    anyway just nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin..

    BalasPadam
  4. ye betul. kdg2 kita ni cuma ingt rezeki tu benda yang besar2 aje. kdg kita lupa, kalau ada kucing mengiau minta makanan depan pitu rumah kita pun, itu mungkin adalah pintu rezeki utk kita dan sepatutnya kita bersyukur.

    BalasPadam
  5. gadisBunga...

    Jika kita ada kesedaran tentang hal itu, maka itu tandanya kita sudah semakin dekat dengan nikmat rezeki ALLAH.

    Contoh, kucing yang datang mengiau meminta makan, dan kita berikan kepadanya makanan, maka itu adalah rezeki untuknya yang datang daripada ALLAH melalui perantaraan kita. Di sinilah rasa nikmat rezeki itu...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..rezeki untuk mendapat ilmu yg bermanfaat hari ini

    BalasPadam