Jumaat, 16 September 2011

Mandi Di Awal Pagi…

Salam kedamaian daripada KM.

Siri Renungan Jumaat pada kali ini KM nak utarakan berkenaan amalan di pagi Jumaat.  Pada pagi Jumaat, kita dianjurkan untuk mandi dan membersihkan diri.  Kemudian dianjurkan untuk berpakaian yang bersih dan cantik.  Ada yang mengatakan pakailah pakaian berwarna putih kerana warna ini lebih disukaiNya.  Tidak dilupakan pakailah wangi-wangian.  Pada pagi Jumaat juga kita diminta untuk memotong kuku dan bercukur.

Berkenaan mandi di pagi Jumaat ini, kita diminta untuk mandi sebelum masuknya Subuh.  Bermakna, kita diminta untuk bangun lebih awal dan mandi sebelum azan dilaungkan.  Terdapat banyak kebaikan jika kita berjaya mengamalkan mandi sebelum Subuh ini (tidak semestinya hanya pada hari Jumaat sahaja).  Antara kebaikannya adalah :

  1. Tidak terkena penyakit asma (lelah)
  2. Terhindar daripada angkara jahat seperti sihir.
  3. Tubuh badan menjadi sihat.
  4. Wajah bercahaya.
  5. Doa mudah dimakbulkan.
  6. Wajah menjadi awet muda.

Kepada yang tidak sempat mandi di awal pagi tadi, khususnya terjaga selepas waktu Subuh, bolehlah memulakan amalan ini selepas daripada ini.

4 ulasan:

  1. tapi mandi pagi2 tu sejuk sangat,
    saya mandi pukul 6 lebih sebab nak pergi sekolah pon menggigil .
    sejuk~

    BalasPadam
  2. Kathy Tuah...

    Mari kita amalkan jika mampu.

    BalasPadam
  3. Mimiey :)...

    Memang le sejuk, sebab air dah 'ditapa'kan semalaman. Cara mandian perlu betul. Nanti KM akan postkan entry berkenaan cara mandinya. Sabar ye...
    :)

    BalasPadam