Khamis, 8 September 2011

Kalau Tak Dapat Pun….

Salam kasih sayang daripada KM buat semua….

Setiap daripada kita, pasti ada impian.  Impian adalah sesuatu yang kita tidak miliki, namun kita ingin memilikinya suatu hari nanti.  Pelbagai impian hadir dalam hidup kita dan kita sentiasa berusaha untuk merealiasasikannya.  Setiap daripada impian itu tergambar jelas dalam pemikiran kita.  Itulah salah satu kehebatan minda, kerana kita mampu untuk membayangkan impian itu dalam pemikiran kita. 

Semakin jelas kita dapat membayangkannya, semakin kuat daya tarikan untuk kita memilikinya.

Namun, kadang kala, ada ungkapan yang terhasil daripada kata-kata kita; Kalau dapat ok, KALAU TAK DAPAT PUN TAK APALAH!

Ungakapan ‘kalau tak dapat pun tak apalah’ itulah sebenarnya pemusnah kepada setiap impian kita.  Semasa kita menginginkan sesuatu, kita menghantar isyarat kepada minda untuk memilikinya.  Namun, apabila terdapat ungkapan ‘kalau tak dapat’ itu hadir, maka kita menghantar satu lagi mesej kepada minda bahawa kita sendiri tidak pasti sama ada mahukannya atau tidak.  Seolah-olah, kita masih ragu-ragu sama ada mahukannya atau tidak.  Jika dapat kita mahukannya, jika tak dapat kita abaikannya.

Mesej yang terhantar ini akan memberi maklumat baru kepada minda bahawa kita sebenarnya belum bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang kita impikan.  Jika kita benar-benar mahukannya, pasti kita akan berusaha sehabis daya untuk memilikinya.  Tidak kira apa halangan yang datang, maka kita akan terus berusaha untuk mendapatkannya juga.  Mungkin percubaan pertama dan kedua, kita gagal mendapatkan apa yang kita impikan, namun kita akan terus berusaha dengan cara dan kaedah lain.

Mesej atau apa sahaja maklumat yang sampai kepada minda adalah apa yang kita mahukan.  Jika kita mahukan impian itu berjaya, maka kita harus terus menghantar mesej, berusaha, dan pastinya berdoa kepada ALLAH untuk merealisasikan impian itu.  Jangan campur adukkan mesej apa yang kita mahukan itu dengan mesej-mesej kegagalan.  Jika ini berlaku, maka ia memberi kekeliruan kepada minda sama ada kita mahukannya atau tidak.

6 ulasan:

  1. SALAM SYAWAL,
    IMPIAN, USAHA, BERDOA DAN BERSYUKUR.

    BalasPadam
  2. ya....saya setuju tu KM....kalau minda kita fikir positif...dan nak kan sesuatu impian pasti kita akan simpan keazaman untuk mendapatkannya...

    apa yang pasti, usaha, doa dan tawakal..insyaAllah...

    jangan kita hanya bercakap di bibir kan...hehe

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...
    salam kenal..untuk mendapatkan sesuatu haruslah berusaha..bukan hanya berserah...berusaha...berdoa dan bertawakkal...

    BalasPadam
  4. Memang benar, kita perlu sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan. Dalam penulisan catatan ini, KM maksudkan, kita perlu terus fokus kepada apa yang kita lakukan untuk mendapatkan sesuatu. Bukan fokus untuk mendapatkannya, namun dalam masa yang sama mengeluarkan ungkapan negatif...
    Usaha perlu diteruskan, selain itu doa dan tawakal juga perlu disertakan. Ini adalah kerana kita masih tertakluk kepada keizinanNya untuk mendapatkan sesuatu itu...

    BalasPadam
  5. setiap kali terlupa atau berputus asa, saya patut datang ke blog ni.

    saya mmg mudah lupa. datang ke sini, fungsi minda saya jadi segar semula.

    terima kasih, :)

    BalasPadam
  6. gadisBunga...

    Semoga kita sama-sama dapat saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. Jadikan blog sebagai platform untuk kita saling menambah kebaikan kepada diri kita semua...

    BalasPadam