Ahad, 18 September 2011

Pandangan Mata…

Salam ceria daripada KM buat semua…

Kata orang; ‘dari mata turun ke hati….’

Kata KM; ‘dari mata turun ke hati, naik semula ke minda’…

Kenapa KM tambahkah ayat di atas?  Kerana, ungkapan biasa; dari mata turun ke hati, ada kaitannya dengan perasaan.  Kononnya, apabila mata sudah bertentangan mata, maka hati mula bergelora.  Awas, jangan mudah terperangkap dengan cinta pandang pertama..!  Kerana minda perlu diutamakan lebih dari segalanya.  Bukan mata atau hati yang perlu membuat keputusan, sebaliknya mindalah yang perlu diutamakan.  Tanya semula dalam diri kita, buat keputusan yang terbaik, bukan hanya berserah kepada gelora jiwa yang mudah terpedaya…

muka 1

Gambar ni KM lukis menggunakan paint…KM memang tak pandai melukis, tapi rasanya memang jadi dah muka orang, ye tak?

Apa yang KM nak nyatakan di sini adalah cara atau kaedah terbaik untuk kita memerhati muka seseorang semasa berkomunikasi.  Semasa berkomunikasi, memang kita digalakkan untuk bersemuka.  Ini adalah untuk memastikan komunikasi itu berlangsung secara berkesan dan memberi impak yang diharapkan.  Namun begitu, komunikasi antara lelaki dengan perempuan haruslah ada landasannya yang wajar, jangan hingga menimbulkan fitnah di kemudian hari.

Bagaimana cara terbaik untuk kita menatap wajah seseorang semasa berkomunikasi?  Ada beberapa keadaan yang harus diberi perhatian.  Antaranya adalah sejauh mana kita mengenali seseorang itu, dan apakah topik komunikasi yang dibicarakan.  Untuk catatan kali ini, KM akan nyatakan keadaan jika seseorang itu baru kita kenali.  Mungkin di lain masa, KM akan jelaskan pula apabila seseorang itu sudah kenal lama dan sebagainya.

Bagi seseorang yang baru kita kenali, kita haruslah cuba bersemuka dengannya.  Kenali namanya dan perhatikan apakah keistimewaan yang ada di waahnya.  Contohnya jika seseorang itu ada tahi lalat di pipi, atau rambutnya yang bercacak-cacak, atau dagunya berlekuk, dan sebagainya.  Cuba sebut nama orang itu semasa berkomunikasi contohnya ‘Rahman berasal dari mana?’  Penggunaan awak, mungkin boleh digunakan di lain masa.  Ini adalah kerana, dengan memerhatikan keunikan wajah seseorang, dan menyebut namanya semasa komunikasi berlangsung, akan membolehkan kita mengingati individu itu dengan lebih baik.  Hal ini sangat berguna kepada seseorang yang sering berurusan dengan ramai orang dan memerlukan komunikasi selanjutnya pada masa akan datang.

muka 2

Rajah 1

Semasa berkomunikasi dengan seseorang yang baru kita kenali, cuba perhatikan kedua-dua matanya.  Gerakkan pandangan mata kita dari mata kanan ke mata kiri individu itu secara perlahan dan perhatikan matanya satu persatu.  Selang selikan pandangan matanya dalam beberapa kali dan kemudian berhenti di tengah-tengah antara anak panah itu lebih kurang di atas batang hidungnya.  Setelah beberapa ketika pandangan mata dihentikan di tengah-tengah garisan anak panah itu, lakukan kembali gerakan mata kita ke matanya secara berselang seli seperti tadi.  Lakukan beberapa ketika lagi dan berhenti semula di tengah-tengah seperti tadi.

Perlakuan ini haruslah dilakukan serentak semasa komunikasi berlangsung.  Ia mungkin agak sukar dilakukan pada permulaan kerana kita asyik memikirkan untuk menggerakkan pandangan dan dalam masa yang sama melaksanakan komunikasi.  Namun setelah beberapa ketika kita melaksanakannya, kita akan mula merasa selesa.

Apakah kebaikan pandangan mata ini dilakukan seperti yang disaran?  Kelebihannya adalah orang yang lawan komunikasi dengan kita itu akan menumpukan lebih perhatian semasa kita sedang berbicara.  Kita seolah-olah telah ‘memukau’nya untuk berkomunikasi dengan kita, malah mungkin apa sahaja saranan kita akan diturutinya.  Biasanya kaedah ini sangat digunapakai oleh orang yang ingin menjual sesuatu barangan kepada kita.  Jika kita berjaya menyesuaikan diri dengan cara pandangan ini, kita akan berjaya melakukan komunikasi dengan lebih berkesan dengan seseorang walaupun baru sahaja kita kenali.

Pada catatan yang lain, KM akan nyatakan pula teknik pandangan jika individu itu sudah rapat dan biasa dengan kita….

7 ulasan:

  1. betul tu KM, eye contact penting semasa kita berkomunikasi... bahasa badan pun perlu kita tahu kan?

    BalasPadam
  2. ya KM...baru terfikir kata-kata KM..dari mata turun ke hati...dari hati naik ke minda pula...hehe..

    pandangan mata memang amat penting...bila kita bercakap dengan seseorang, kita juga dapat melihat sama ada orang itu serious atau tidak bercakap dengan kita kan..

    BalasPadam
  3. dari mata turun ke hati, naik semula ke minda, U-turn turun balik ke jari dan naik ke blog..hehehe

    ermm eye contact penting dalam komunikasi..kalau mata dok pandang tempat lain tu mmg samada malu atau tak kuasa nak layan ! hahaa

    BalasPadam
  4. Santri T.P.I.N.I....

    Bahasa badan penting kerana ada kalanya melalui lenggok bahasa tubuh tu dapat kita fahami keikhlasan penutur...

    BalasPadam
  5. Ila...

    Keikhlasan tu penting, tapi hati-hati dengan pandangan mata. Ada pandangan mata yang menjadi panahan arjuna hehehe... Sebab tu KM katakan dari hati kena naik semula ke minda...

    BalasPadam
  6. Finaz Jaafar...

    Betul tu, kalau ada yang tak nak tatap mata kita tu tandanya malu atau dah tak larat nak layan kerenah kita. Inilah kelebihannya kalau kita memahami serba sedikit tentang bahasa tubuh. Kekadang, bahasa tubuh itu lebih ikhlas daripada kata-kata manis yang lahir dari mulut...

    BalasPadam