Matahari sudah mula meninggi. Panas!
Perjalanan Faizal dan Mansor ke Kuantan masih berbaki kira-kira 2 jam. Mereka tidak terburu-buru, kerana urusan mereka di Kuantan bermula pada sebelah malam. Sengaja mereka ke sana lebih awal kerana ingin menjengah kenalan lama mereka yang baru pulang dari luar negara.
Faizal terus memandu dengan tenang, Mansor asyik melayan perasaannya…
Mansor | : | Isy….kasihan! |
Faizal | : | Apa yang kasihan? |
Mansor | : | Tu… |
Mansor memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah hadapan. Pada ketika itu mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kelihatan beberapa buat motosikal menyelit-nyelit untuk ke hadapan. Tidak jauh di hadapan mereka kelihatan sebuah motosikal yang dipandu seorang lelaki muda, bersama isterinya dan terselit di antara mereka, seorang bayi berusia lebih kurang 5 bulan. Dalam keadaan yang panas ini, tentu sahaja membuatkan si anak kecil itu tidak selesa, apa lagi terhidu asap kenderaan lain, dan terdedah kepada bahaya di jalan raya…
Mansor | : | Alhamdulillah atas nikmatmu kurniakan kereta kepada kami. Kasihan kepada mereka yang menunggang motosikal, berpanas berhujan… Ya ALLAH…engkau rahmatilah keluarga itu, Engkau lindungilah mereka sepanjang perjalanan mereka dan Engkau sejahterakanlah anak itu… |
Faizal | : | Kenapa pula kena berdoa untuk keluarga itu? Kita langsung tidak kenal mereka… |
Mansor | : | Berdoalah untuk kebaikan kepada orang lain, nescaya ia akan menjadi lebih baik untuk mereka dan untuk diri kita… |
Faizal hanya terdiam memikirkan kata-kata rakannya itu. Sesungguhnya dia masih belum mengerti. Tatkala lampu isyarat bertukar warna hijau, keretanya terus dipandu ke hadapan melintasi motosikal pasangan bersama bayi tadi. Kelihatan si ibu melindungi anaknya daripada panas dengan menutup sebahagian muka anaknya dengan tudung yang dipakainya.
Faizal benar-benar tidak mengerti…
kesian kan kadang2 bila tengok mak ayah yg bawak baby kecik2 naik moto.. panas, debu, sgt bahaya..
BalasPadamheh mcm dlu2..zmn kecik
BalasPadamSelain berdoa secara khusus kepada org mcm tu..
BalasPadamStiap kali baca Al-Quran pun kita boleh niatkan utk sedekah pahala kpd seluruh umat Islam...