Khamis, 14 April 2011

Pengulangan Kata-kata Hebat untuk Minda ~ 2

Salam penuh kebahagiaan…

bin2Gambar daripada internet 

Anda ada anak kecil (lingkungan usia di bawah 6 tahun)?

Atau anda pernah lihat anak kecil?

Apa yang dapat anda perhatikan daripada wajah mereka?  Jika saya menjawab soalan ini maka saya akan nyatakan bahawa wajah anak-anak kecil itu sangat bahagia, sangat tenang, damai dan menyenangkan, wajah mereka bahagia, wajah mereka ‘sejuk’ dan menyeronokkan.

Kenapa hal ini berlaku?

Ini adalah kerana tahap minda mereka berada dalam kuasa minda yang sangat tinggi.  Ya, sangat tinggi!  Mereka belum terdedah dengan pemikiran negatif seperti masalah kehidupan, peperangan, kesengsaraan, dan sebagainya.  Lantaran itu, wajah mereka kelihatan ceria dan sentiasa bahagia.

Apa pula kata-kata dan ucapan ibu bapa kepada anak-anak kecil ini?

Biasanya kita akan mengucap atau mendengar ibu bapa kepada anak kecil itu mengucapkan perkataan dan kata-kata yang baik.  Ungkapan seperti; pandai, sayang, hebat, cantik, dan sebagainya sering kedengaran diucapkan kepada anak-anak kecil ini.  Seperti mana penerangan dalam catatan yang lalu, kata-kata seperti ini sebenarnya apabila diulang-ulang maka akan membentuk satu penerimaan dalam minda.  Keadaan inilah yang menjadikan minda anak-anak kecil ini menjadi sangat hebat.

Namun, sayang sekali….apabila anak-anak kecil ini semakin meningkat usia mereka, pelbagai situasi dan perkataan dapat mereka dengar dan terima dalam kehidupan mereka.  Perkataan seperti; nakal, degil, tidak faham bahasa, dan sebagainya (lebih teruk lagi jika dicaci-maki) akan membuatkan mereka membentuk satu penerimaan baharu dalam minda mereka bahawa mereka memang teruk dan jahat.  Apabila perkataan seperti ini terus diulang, maka mereka akan membentuk satu sikap dan tanggapan baharu bahawa mereka adalah jahat dan mereka layak untuk menjadi jahat.

Semuanya berpunca daripada perkataan yang diulang-ulang dalam kehidupan kita dan akhirnya pengulangan perkataan itu membentuk satu hukum dalam minda bahawa itulah diri kita.  Jika pengulangan perkataan adalah perkataan yang baik-baik, maka pasti minda akan membentuk diri dan jiwa yang baik.  Namun jika sebaliknya, maka itulah perkara malang yang terpaksa anak-anak ini tempuhi.

Ingat, jagalah kata-kata yang kita ucapkan kepada anak-anak (dan kepada sesiapa sahaja),

8 ulasan:

  1. As salam..

    Peringatan yg baik nih...
    Kdg2 kalau geram sgt kat anak2 buah ade gak
    terkeluar perkataan degil...padahal dorg belum paham ape2 kan..mekasih yer.. :)

    BalasPadam
  2. betol... cakap pon merupakan satu doa kan.. so , dari budak tu kecik kena cakap benda yg elok2 je..
    sebab kalau dorang dengar benda yg tak elok mesti dorang ikut..huhu

    ada adik kecik je..hehe

    BalasPadam
  3. Cik Shinju...

    Kanak-kanak itu pemikiran mereka masih murni. Jangan cemari mereka dengan bahasa kesat. Dengan dorongan dan kata-kata semangat, akan membuatkan mereka menjadi orang yang sangat hebat.
    Kata ahli psikologi, 4 tahun pertama hidup seorang kanak-kanak akan memberi kesan kepada 40 tahun seterusnya. Jika dari awal kita didik mereka dengan kata-kata yang baik dan dapat membangunkan minda mereka, pasti mereka akan menjadi insan yang sangat hebat.

    BalasPadam
  4. Tomatokering...

    Kata-kata itu adalah doa.
    Malah, kata-kata daripada ibu bapa dan guru kepada seorang kanak-kanak akan menjadi satu santapan jiwa yang sangat memberi kesan. Jika baik kata-kata itu, maka baiklah kesannya kepada mereka. Namun jika sebaliknya diucapkan, kita telah merugikan satu lagi jiwa manusia yang boleh dibentuk menjadi insan cemerlang...
    Sama-sama kita fikirkan dan sampaikan kepada orang lain.

    BalasPadam
  5. ssh sbnrnye tggungjwab mndidik anak2 ni..wlaup2 pun..sy suka bdak2..xsbr nak ade anak sndiri..hehhe..gatai;p

    BalasPadam
  6. Salam buat cik anna...

    Perkataan susah dalam mendidik anak sebenarnya kurang sesuai digunakan. Cuba kita elakkan menggunakan perkataan susah itu, seperti kita sesal dan merasa sedikit terganggu. Cuba kita tukarkan perkataan itu menjadi perkataan mencabar. Dalam mendidik, memang ada cabaran. Cabaran itu pula akan menjadikan kita lebih bersedia dan mahu melaluinya dengan penuh semangat.

    Nak ada anak sendiri?
    InsyaALLAH, suatu hari nanti pasti masanya akan tiba. KM doakan cik anna akan bertemu dengan lelaki terbaik untuk sama-sama menempuh kehidupan berkeluarga dan mendapat anak-anak yang comel dan berjaya...

    BalasPadam
  7. 4 tahun pertama yer...
    InsyaALLAH,saya akan cuba tips ni kalau dah ade anak nt...

    BalasPadam
  8. Cik Shinju...

    4 tahun pertama ni adalah untuk membekalkan cara dan bentuk pemikiran kanak-kanak. Usia selebihnya adalah untuk memastikan cara dan bentuk pemikiran itu dilaksanakan.

    Contohnya begini, jika dalam usia 4 tahun pertama itu bayi dididik dengan alat mainan berbentuk bacaan, maka mindanya terangsang untuk membaca dan lebih minat untuk membaca. Seterusnya dia perlu terus dipupuk untuk meneruskan minat membaca itu selepas 4 tahun pertama itu. Jika dibiarkan, maka kecenderungan itu akan pudar sedikit demi sedikit dan menghilang...

    4 tahun pertama adalah sebagai rangsangan awal untuk menonjolkan kecenderungan. Ini adalah kerana usia itu minda mereka sangat segar dan boleh menerima apa sahaja...

    BalasPadam