Salam penuh kedamaian….
Apabila saya katakan IKAN, apakah yang tergambar dalam kotak pemikiran anda?
Adakah anda terbayangkan sotong, ketam, kerang, kuda laut, atau rumpair?
Pasti sahaja tidak, bukan?
Apabila saya katakan IKAN, pasti dalam pemikiran anda akan terbentuk sesuatu yang menjurus kepada bentuk ikan, pergerakan, sifat, dan jenis ikan. Ini berlaku dengan pantas dan tidak dipaksa-paksa. Hal ini menunjukkan minda akan melakukan fokus kepada apa yang diperkatakan. Seperti mana contoh yang diberikan, apabila disebut perkataan ikan, pasti minda akan memikirkan tentang ikan dan tidak kepada hidupan air yang lain.
Fokus adalah tindak balas minda terhadap sesuatu. Semakin kuat fokus diaktifkan, semakin jelas apa yang dibayangkan tersebut. Malah, fokus boleh dilatih hingga mencapai kepada sesuatu tahap tertentu. Keadaan ini dinamakan tindakan terarah minda terhadap sesuatu.
Suatu masa dahulu aku pernah dilatih untuk melakukan (mengeksperimenkan) fokus yang mampu dicapai oleh mindaku. Dalam latihan atau ujian tersebut, aku diminta memejamkan mata, mengawal pernafasanku agar berada dalam keadaan stabil dan teratur, menenangkan regangan badan; duduk bersandar dengan tenang, dan mengosongkan minda; tidak memikirkan apa-apa. Semua ini adalah latihan untuk melakukan fokus. Setelah aku berjaya menguasai kaedah ini, aku mula diminta untuk membayangkan tentang wang RM50 yang banyak dan berada dalam tanganku.
Percaya atau tidak, dalam sesi ujian itu aku mampu membayangkan banyaknya wang RM50 berada dalam tanganku, bukan itu sahaja, aku dapat membayangkan hingga menjelma warna wang itu walaupun mataku terpejam. Apa yang lebih mengujakan diriku adalah, dalam sesi itu aku dapat menghidu bau wang RM50 ( wang bernilai RM50 ada bau yang tersendiri, cuba le kalau tidak percaya. Errr….pastikan cuba dengan menggunakan wang baru, bukan wang yang diterima daripada tauke ikan kerana baunya sudah pasti bertukar )
Bayangan, warna, dan bau wang itu berlaku dalam mindaku kerana aku telah berjaya memfokuskan pemikiranku terhadap wang kertas RM50.
Anda mahu mencuba tahap fokus anda? Cubalah dengan menggunakan kaedah di atas….
Kalau fikiran dan persekitaran tenang lebih mudah nak fokus kot..Nak cuba sat..hehehe
BalasPadamermm..tak susah ke nak buat kaedah tu sebab care2nye macam agak susah..
BalasPadamCik Shinju...
BalasPadamKENAPA...?
Aku kesepian kerna tidak dapat menatap blogmu..!
--------------------------
Suasana persekitaran yang tenang memang akan memudahkan fokus. Untuk latihan pertama, fokus memang perlu dilakukan ketika suasana tenang seperti pada malam hari. Namun, apabila sudah biasa, maka pada waktu sibuk pun kita masih mampu untuk fokus...
Aween....
BalasPadamSusah pun permulaan je. Bila dah biasa, jadi lebih senang dan menyeronokkan.
Macam orang bawa basikal...mula-mula rasa takut dan kekok. Bila dah tau cara mengimbang jadi lebih seronok dan senang. Bila dah makin handal, boleh bawa basikal tanpa memegang handle...
saya selalu bayangkan keadaan sejuk walau keadaan sebenarnya panas. ada kalanya menjadi. tapi selalunya tak jadi.
BalasPadamnice entry tho. :D