Salam penuh kebahagiaan…
Seperti yang telah diterangkan dalam catatan yang lalu, minda manusia mampu untuk mewujudkan imel visual. Ini adalah salah satu daripada pelbagai jenis kehebatan dalam diri dan minda kita. Imej yang dipaparkan dalam minda adalah gambaran imej visual yang sebenar, cumanya ia kekadang agak kabur dan pastinya tidak berwarna-warni. Namun, kita masih dapat memahami gambaran imej yang dipaparkan tersebut.
Apakah kepentingan dan keistimewaan paparan imej visual dalam minda manusia?
Cuba perhatikan kemajuan dan kehebatan teknologi pada masa sekarang. Pasti anda tidak akan menolak lagi pandangan bahawa kemajuan sekarang adalah berpunca daripada penciptaan terdahulu yang telah diubah suai dan ditambahbaikkan. Contohnya adalah kemajuan dalam dunia telefon. Ia bermula dengan seorang pereka yang sudah dianggap hampir gila kerana ‘ingin memasukkan suara ke dalam wayar’. Namun, kegilaan itu tidak dihiraukan. Malah segala cacian diteruskan dengan penuh semangat. Lihatlah, jika kegilaan itu tidak diteruskan, mana mungkin pada masa sekarang penggunaan telefon sudah menjadi perkara biasa kepada kita semua. Malah, kemajuannya semakin ‘menggila’ bermula daripada penghasilan telefon berwayar, kepada tidak berwayar, hingga sekarang hanya perlu diselitkan di telinga sahaja untuk meneruskan komunikasi.
Semuanya ini bermula dengan khayalan, dan khayalan itu adalah imej visual yang dilakukan oleh minda manusia. Jika penciptanya tidak berkhayal dengan melakukan ciptaan imej visual berkenaan ‘memasukkan suara ke dalam wayar’, pasti dia tidak langsung berhasrat, dan tidak langsung berusaha untuk melakukan ciptaan demi ciptaan untuk menghasilkan sebuah alat yang boleh menghubungkan suaranya ke tempat lain.
Imej visual adalah gambaran yang terbentuk dan memberi suatu bentuk isyarat kepada kita. Ia juga boleh dianggap sebagai ilham (dalam keadaan tertentu) dan ia boleh dianggap sebagai khayalan. Catatan berikutnya akan membicarakan tentang bagaimana imej visual itu dapat direalitikan dalam kehidupan manusia.
berkhayal sama mcm khayalan la kn???
BalasPadamSaya salu anggap imej visual yg ujud tu sbg khayalan jer..Tu yg susah nak direalisasikan kot..
BalasPadamkalau tak berangan maka banyaklah impian yg tak dapat direalisasikan~
BalasPadam