Salam kasih mesra…
Bagi kita, setiap kesalahan yang berlaku, pasti perkara itu bukan kesalahan kita. Pasti kesalahan itu adalah kesalahan orang lain. Pasti kesalahan itu tiada kena mengena dengan diri kita. Ya, itulah sifat diri kita. Sifat ini adalah lumrah, kerana manusia tidak suka dipersalahkan. Namun, kadang kala kita perlu fikirkan semula sama ada perkara itu perlu diakui sebagai kesalahan kita atau tidak. Jika ia memang merujuk kepada kita, maka mengaku sahaja, pintalah maaf, dan berubah… Tindakan ini akan menunjukkan kita seorang yang sangat matang dan berhemah tinggi.
Bagi orang yang tidak mahu langsung mengaku kesalahan mereka walaupun memang jelas kesalahan itu mereka lakukan, mereka akan mencipta pelbagai alasan untuk menutup kesalahan mereka itu. Mereka (orang yang melakukan kesalahan) akan sentiasa berusaha mencipta alasan untuk memesongkan pandangan orang lain agar kesalahan itu tidak kelihatan. Lebih malang lagi, kesalahan itu akhirnya berjaya alihkan kepada orang lain untuk menanggungnya. Dalam ilmu psikologi manusia, hal ini dinamakan helah bela diri…
Helah bela diri (HBD) adalah merupakan satu cara manusia mencipta alasan untuk membela dirinya agar kelihatan tidak bersalah. Tahu atau tidak, orang yang selalu melakukan HBD ini adalah orang yang sangat hebat dan pintar. Kehebatan dan kepintaran mereka ini dapat kita perhatikan melalui keyakinan dan cara mereka mencipta alasan untuk membela diri mereka itu. Namun sayang sekali, kepintaran dan kehebatan itu akhirnya akan terus merugikan mereka. Ini adalah kerana mereka akan terus terusan mencari alasan dan HBD, dan tidak akan langsung dapat melihat kelemahan diri mereka yang perlu mereka perbaiki.
Melakukan HBD tidak salah, namun kita perlu sentiasa berfikir sama ada kesalahan itu memang kesalahan kita yang perlu kita akui atau tidak. Jika ia adalah kesalaha kita, maka mengakulah dan ubahlah untuk meningkatkan ketinggian hebah dalam diri. Namun, jika kesalahan itu bukan kesalahan kita, maka berikan ulasan dan penerangan agar orang lain tidak terus memandang serong kepada diri kita….
thanks for sharing the info =)
BalasPadamAgak pedas tp itulah hakikat...
BalasPadamSusah nak mengakui kesalahan sendiri membuatkan
kita leka dan terus mengulangi kesalahan tu..
betul lah. bijak tapi merugikan diri sendiri~
BalasPadamkalau dah buat salah tu... baik mengaku je la kan... lagi senang... tak la rasa tertekan sebab menipu...
BalasPadam