Isnin, 18 April 2011

Fokus; Memberi Tenaga Kepada Apa yang Difikirkan….

Salam penuh keharmonian…

Fokuskan apa yang kita impikan.  Melalui fokus yang dilakukan itu, kita pasti akan dapat merasakan bahawa kita menjadi lebih bersemangat.  Rasa bersemangat ini datangnya daripada tenaga yang kita alirkan dari dalam diri kita.

Mungkin anda pernah menghadiri seminar atau kursus motivasi dan pembangunan diri.  Melalui kursus seperti ini, anda didedahkan tentang matlamat dan kaedah mencapai kejayaan dalam kehidupan.  Sedar atau tidak, semasa kursus itu berlangsung maka kita merasa sangat bersemangat untuk mencapai apa sahaja matlamat yang telah ditetapkan.  Perasaan kita berkobar-kobar, semangat kita memuncak, jiwa kita melonjak-lonjak, seboleh mungkin pada waktu itu kita hendak terus melakukan apa yang ditetapkan.

Namun apa yang berlaku setelah kita pulang daripada kursus?  Apa yang berlaku selepas 24 jam kursus itu berakhir?  Apa yang terjadi selepas seminggu kita meninggalkan dewan seminar tersebut?  Adakah semangat kita masih membara?

Ya, sebahagian daripada kita pasti akan terus bersemangat dan berjaya mencapai kejayaan yang diimpikan.  Namun sebahagian lagi terus ‘terlena’ dalam diri sendiri…

Kenapa hal ini berlaku?  Kerana kita telah mengurangkan fokus kejayaan tersebut setelah pulang daripada kursus.

Andainya, anda menghadiri kursus pembangunan diri.  Dalam kursus itu anda menetapkan matlamat bahawa anda hendak menjadi seorang pekerja yang cemerlang dengan datang awal ke tempat kerja, melaksanakan semua tugasan mengikut masa yang ditetapkan, mengeratkan hubungan dengan semua rakan sejawat, dan berusaha menambah pengetahuan dalam bidang kerjaya anda.  Semua matlamat ini akan memberi kesan kepada kejayaan dalam kecemerlangan kerjaya anda.  Lantaran itu, anda perlu sentiasa fokus kepada matlamat itu.  Fokus yang anda berikan kepada semua matlamat itu akan memberikan anda ‘tenaga’ untuk terus gigih melakukan apa yang anda fikirkan.

Jika matlamat itu anda lupakan setelah pulang daripada kursus yang anda sertai, maka tenaga atau semangat yang anda dapat semasa menghadiri kursus tersebut akan hilang sedikit demi sedikit.  Hal inilah yang menyebabkan ada antara kita yang masih berada di tekuk lama dan tidak berjaya berubah walaupun telah menghadiri kursus tertentu.

5 ulasan:

  1. Macamane nak kekalkan semangat tu?

    BalasPadam
  2. saya sedang prektis. tapi taknak bagitau apa bendenya yg saya try fokus sebab segan. heheh~

    BalasPadam
  3. Cik Shinju...

    Cara nak kekalkan semangat tu ialah dengan terus memberikan fokus kepadanya. Contoh, jika kita hendak memiliki kereta, cuba fokuskan kepada satu jenis kereta sahaja seperti Honda City...jangan sekejap kita hendak memiliki Honda, sekejap pula hendak Ford, dll.

    Apabila fokus diberikan, maka semangat untuk memilikinya terus membara dan semakin kuat.

    BalasPadam
  4. hahaha...contoh tu mcm terkena kat btg idung saya jek...jap nak suzuki,jap nak honda...adesss :P

    BalasPadam