Sabtu, 20 November 2010

Meditasi…

Apabila bercakap pasal meditasi, ramai antara kita membayangkan amalan tertentu.  Sebenarnya tidak!  Meditasi adalah duduk diam seketika, berada dalam keadaan tenang dan damai, memusatkan pemikiran dan minda kepada sesuatu dengan sebaik mungkin.  Itulah meditasi….

Dalam Islam sendiri ada meditasi.  Sejak dahulu lagi kita telah diajar untuk bermeditasi.  Meditasi dalam Islam yang dimaksudkan adalah solat.  Pun begitu, jangan samakan solat dengan meditasi lain.  Ia adalah sama hanya dari segi konsepnya sahaja, namun tidak menyamai dengan mana-mana agama selain Islam.

Cuba bayangkan, semasa bersolat, kita dianjurkan untuk berada dalam keadaan yang sangat tenang.  Tanpa memikirkan hal-hal lain, melainkan hanya kepadaNya.  Pada ketika itu, kita harus menumpukan pusat pemikiran kita kepada rukun solat, dan bacaan dalam solat.  Hanya orang yang sudah benar-benar mengerti pengertian solat sahaja dapat bermeditasi dalam solat.

Semasa solat, jiwa dan raga kita akan berada dalam keadaan yang sangat tenang dan damai.  Pada ketika inilah, kuasa minda kita akan terpancar dengan sangat hebat.  Getarannya bergetar dengan getaran alam yang sangat mendamaikan.  Justeru, kita sering dianjurkan untuk bersolat jika berada dalam kesusahan apa lagi bila berada dalam keadaan senang.

Malah, jika sedang marah, kita disuruh bersolat.  Solat akan mendamaikan, sama konsepnya dengan bermeditasi.

Semasa dirundung masalah, kita disuruh bersolat.  Solat akan memberikan ilham (daripada ALLAH) untuk keluar dari masalah tersebut, sama konsepnya dengan meditasi.

Semasa senang, kita disuruh bersolat, tanda bersyukur yang amat sangat.

Solat adalah satu bentuk meditasi kepada orang Islam.  Hanya orang-orang yang tahu rahsianya akan mengerti bagaimana kuasa minda menjadi sangat hebat dengan bersolat…

4 ulasan:

  1. solat - ketenangan yg sebenarnya..

    BalasPadam
  2. solat itu... tanda kita ingat kepada Nya...

    BalasPadam
  3. cik hani...
    Betul apa yang cik hani katakan. Malah, pada hakikatnya semua manusia berasal dari sifat yang tenang. Cuma kita yang melakukan perkara yang meresahkan diri kita sendiri...
    Namun dengan bersolat, ketenangan itu dikembalikan. Kepada yang masih bermasalah, kembalilah kepadaNya dengan bersolat. Pasti nampak jalan penyelesaiannya...

    BalasPadam
  4. Zikri...
    Solat tanda kita ingat kepadaNya...Malah untuk menjadi lebih intim lagi, teruskan dengan berzikir setiap detik dan masa, pasti terasa lebih dekat dan sentiasa ingat kepadaNya....

    BalasPadam