Selasa, 9 November 2010

Timbangan Tenaga

Tenaga, sama juga seperti benda yang lain, mempunyai berat. Walaupun kita tidak dapat melihatnya, ia tetap mempunyai berat. Aku sendiri kurang pasti bagaimana nilai berat diukur, namun ia mempunyai nilainya yang tersendiri iaitu Newton. Hal ini menunjukkan ia tetap mempunyai berat.

Memang benar, ada yang berkata berat tenaga positif dan negatif itu berlaku pada nilai diri dan motivasi seseorang. Jika seseorang itu sentiasa berfikiran positif, maka nilai berat tenaga positifnya pasti lebih berat, dan begitu juga sebaliknya.
Lantaran itu, kita dianjurkan sentiasa berfikiran positif. Namun, harus diingat, tenaga positif yang ada pada diri kita bukan hanya sekadar berfikiran positif sahaja.... Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan tenaga positif. Aktiviti seperti solat, zikir, mandi di air terjun, berehat, tidur, dan perkara-perkara yang menenangkan, akan dapat meningkatkan getaran tenaga positif dalam diri.

Namun.......
Pada hakikatnya, tenaga negatif adalah lebih berat daripada tenaga positif...!
Itulah hakikatnya....

Jika kita telah berjaya mengumpulkan 10 tenaga positif dalam sehari, tiba-tiba ada satu sahaja tenaga negatif hadir dalam diri kita, maka ia lebih berat daripada tenaga positif yang ada.

Cuba bayangkan;
Sepanjang sehari perjalanan kehidupan kita, apa yang kita lakukan?
1. Mungkin hari ini kita akan ke tempat kerja
2. Sampai tempat kerja, boss ajak pergi minum, dia nak belanja...(mesti ada apa-apa ni...)
3. Tengah buat kerja ada telefon menyatakan permohonan kereta dah lulus....best!
4. Makan tengah hari, berselisih dengan kawan lama dekat pintu restoran, terus dia ajak makan sekali... (makan free pula..!)
5. Masuk kerja semula, tercari-cari pendrive sebab nak printkan maklumat penting untuk boss, pagi esok dia nak pergi mesyuarat. Mana pula le aku letak pendrive ni...?

Gambaran di atas menunjukkan contoh perjalanan yang kita lalui ada mengandungi tenaga dan emosi positif ( 1 - 4 ) Tetapi perkara yang kelima itu telah menyebabkan kita mencipta emosi dan tenaga negatif. Cuba bayangkan, apa yang kita rasa ketika itu. Tiada lagi keseronokan, tiada lagi rasa bahagia kerana makan free dua kali dalam sehari. Tiada lagi rasa seronok kerana dapat bertemu semula dengan rakan lama....
Tiada lagi....
Kerana, pada ketika itu, tenaga negatif yang hanya ada satu sahaja itu telah mengganggu dan menolak keluar semua tenaga positif yang ada dalam diri. Diri kita akan mencipta lebih banyak dan lebih banyak lagi tenaga negatif selagi kita tidak menjumpai pendrive penting itu. Mungkin kita akan merungut dan menuduh seseorang mengambilnya, atau mengutuk-ngutuk diri sendiri kerana telah cuai dan menghilangkannya, rasa resah dan gelisah dalam diri, tidak tenang, semuanya serba salah..... Semua ini menggambarkan betapa tenaga negatif itu menjadi lebih besar dan lebih besar dan lebih besar....menyebabkan kita tidak lagi mampu untuk menahannya.

Apakah cara penyelesaiannya jika kita berada dalam situasi ini....?
TUNGGU....

4 ulasan:

  1. dah lama sgt nk cari keja baru, bila dpt, rasa takmo berhenti pulak sebab kompeni skrg dah nak bagi bonus. haha.

    BalasPadam
  2. Kekadang, kita memang diuji dengan perkara sebegini. Ada masa, kita rasa seperti tidak diperliukan, dan ada peluang cerah di tempat lain. Sekelip mata ia berubah apabila tiba-tiba ada dua pilihan yang baik untuk kita. Kita jadi terkesima dan tidak tahu mana yang hendak dipilih.

    Ketika itu, fikiran bercelaru, tidak menentu. Pilih yang kanankah, atau yang kiri?
    Yang pasti, antara keduanya hanya ada satu yang terbaik.
    Hanya DIA yang tahu mana yang terbaik untuk kita...

    Jadi, kembali kepadaNya, minta pertolongan kepadaNya untuk tunjukkan mana yang patut kita pilih.....

    Apapun, emosi, fikiran, dan cara percakapan kita harus sesuai dan seiring dengan kehendak kita. Pasti kita akan dapat klu untuk memilih antara keduanya.....

    BalasPadam
  3. hm....menarik utk difikirkan ni...

    BalasPadam
  4. tu la..tapi bila kita selalu pikir negatif, tak leh jugak kan nak wat keje..tapi bila dah positif, bila tak berjaya, jadik makin frust plak

    BalasPadam