Isnin, 15 November 2010

Mencipta Kejayaan Melalui Visualisasi

Telah dijelaskan sebelum ini, visualisasi adalah salah satu aktiviti yang boleh digunakan untuk mendapatkan sesuatu.  Ia adalah salah satu hukum dalam sains kuasa minda, salah satu hukum alam yang hanya 10% sahaja manusia tahu dan berjaya menggunakannya dalam kehidupan mereka.

Visualisasi bukanlah seperti angan-angan kosong Mat Jenin.

Sebaliknya, visualisasi mengaktifkan kuasa minda manusia dan memancarkan apa yang diperlukan untuk menariknya kembali kepada kita.  Konsepnya sama seperti berangan, namun aktiviti yang dilakukan bukan hanya sekadar berangan-angan.  Ia memerlukan satu perlakuan sistematik dan berterusan untuk memastikan getaran yang dilepaskan akan dapat menarik kembali kepada kita.

Untuk melaksanakan visualisasi yang betul, beberapa langkah penting harus dilakukan.

Langkah 1 – Tulis apa yang anda impikan. 

Menulis apa yang kita impikan mestilah jelas dan terperinci.  Jika kita mengimpikan jawatan Ketua Pegawai Pengurusan Jualan, maka kita perlu menulisnya dengan sejelas mungkin.  Nyatakan jawatan, jangka masa yang kita tetapkan, tempat, dan sebagainya.  Tulisan haruslah spesifik dan menjurus kepada suatu perkara sahaja.

Aku ialah Ketua Pengurusan Jualan di Syarikat Sama Jaya Sdn. Bhd. pada awal Januari 2013

Langkah 2 – Cari tempat yang sesuai dan masa yang sesuai untuk anda berada dalam keadaan yang tenang, dan dapat menggambarkan apa yang kita impikan.  Masa dan tempat terpulang kepada kita, namun haruslah kita benar-benar tenang tanpa gangguan daripada sebarang keadaan.  Biasanya, aku sendiri akan memilih waktu sebelum tidur, dan semasa selepas bangun dari tidur untuk melakukan visualisasi.  Ini adalah kerana pada ketika itu diri berada dalam situasi yang sangat tenang.  Waktu sedang tidur adalah masa yang sangat sesuai bagiku.  Ketika badan berada dalam keadaan yang sangat tenang, fikiran yang kosong, dan mata (serta otak) yang hampir berkhayal.

Langkah 3 – Bayangkan apa yang kita impikan itu benar-benar berlaku.  Situasi ini adalah peringkat yang sangat penting.  Pada ketika inilah kita sedang bervisualisasi.  Pada peringkat ini, kemahiran berangan-angan perlu digunakan dengan sebaik mungkin.  Bayangkan situasi kita benar-benar telah menjadi Ketua Pegawai Pengurusan Jualan, bayangkan pejabat kita, kita duduk di meja Ketua Pengurusan, dengan nama kita tertera di meja dan di depan pintu pejabat.  Bayangkan wajah-wajah orang bawahan kita yang berurusan dengan kita.  Bayangkan kita benar-benar berada di sana.  Semakin kuat dan semakin jelas kita dapat menggambarkannya dalam minda, semakin kuatlah pancaran getaran itu dapat dilepaskan.

Langkah 4 – Sertakan dengan emosi yang sesuai.  Semasa menggambar dan memvisualkan keadaan itu, kita perlu juga mengalirkan emosi yang sesuai dengan kejayaan itu.  Rasakan sebenar-benarnya tentang perasaan kita apabila berada di sana.  Rasa keseronokan, rasa kesyukuran, rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tugas….  Emosi yang berjaya dilahirkan akan membuatkan kita menjadi lebih yakin dengan visualisasi yang dilakukan.

Langkah 5 – Tindakan proaktif dalam diri.  Bukan dengan hanya bervisual itu kita akan mendapat apa yang kita impikan semudah mengetik dua jari.  Tindakan proaktif seperti berusaha bersungguh-sungguh, menonjolkan diri sebagai pekerja yang hebat, rajin dan bersemangat dalam melaksanakan tugas, dan sebagainya yang perlu dilakukan oleh seorang pekerja.  Langkah inilah sebenarnya yang membezakan visualisasi kita  dengan visualisasi Mat Jenin.

Dengan melakukan visualisasi secara berterusan, ditambah dengan langkah 5 yang dilaku secara bersungguh-sungguh, pasti ada mata yang memandang dan menilai kita.  Hukum alam dan hukum sains kuasa minda akan menarik perhatian pihak atasan yang sedang tercari-cari orang yang sesuai untuk ditempatkan di jawatan itu terarah kepada kita.  Kita seperti ‘memukau’ mereka yang pada awalnya tidak dapat melihat kita, namun akhirnya nampak kehadiran kita dalam syarikat.  Pada ketika ini, apa yang berlaku adalah kuasa minda kita sedang menarik kembali getaran impian tadi datang mendekati kita semula.  Dengan langkah yang betul dan usaha yang bersungguh-sungguh, apa sahaja yang kita impikan pasti akan tercapai.

6 ulasan:

  1. suke entri ni! saya penah buat dan pernah berjaya. hihihi

    BalasPadam
  2. pernah gk wat tp ..kurang berjaya...

    BalasPadam
  3. GadisBunga...

    Makin kerap kita lakukan, makin kuat dan serasi getaran minda kita dengan alam...bermakna, makin mudah untuk kita menarik apa yang kita mahukan...

    BalasPadam
  4. izee...

    Kurang berjaya bukan kerana kita tidak dapat melakukannya, mungkin kerana kita telah mengurangkan tarikan terhadap impian itu. Sebab tu kuasa minda kita rasa ragu-ragu dengan apa yang kita mahu dengan apa yang kita tidak mahu...
    Jika tidak berjaya ari ni, teruskan memvisual impian, segalanya kehendak ALLAH, jika ia baik utk kita, pasti ALLAH akan kurnia dan makbulkan jua...

    BalasPadam
  5. yExk6Jty2JANrQG5DHolDAHtSJxqWznMI2.Tc4w3xQ.....

    Ia adalah sebahagian daripada teknik yang dimaksudkan. Kedua-duanya adalah berasal dari ilmu sains kuasa minda. Jika kita mengkaji dengan lebih mendalam, kita akan nampak persamaannya dan semakin jelas dengan kuasa minda ciptaan ALLAH ini...

    BalasPadam