Hari ini, hari ketiga Aidil Adha. Perayaan dan sambutan korban masih kelihatan meriah di sana sini.
Ketika aku bergerak pulang ke Kemaman (dari Kelantan), masih ada beberapa kawasan yang kulalui, kelihatan aktiviti menyembelih korban dan kenduri meriah berlangsung. Malah, ketika aku singgah bersolat Jumaat di sebuah kawasan di Terengganu, ada diisytiharkan tentang majlis kenduri daging korban yang akan diadakan malam ini selepas Maghrib. Apa yang menarik perhatianku adalah, korban yang dilakukan di masjid itu adalah korban 2 ekor unta yang disumbangkan oleh seorang jutawan (kata salah seorang jemaah yang berbual denganku…)
Menarik juga ni, sebab selama ini jarang aku berjumpa dengan korban unta. Maklumlah, unta bukanlah binatang ternakan di negara kita. Jadi aku mengambil kesempatan meninjau seketika di ruangan memasak di masjid tersebut. Memang meriah, ramai yang sibuk lakukan itu dan ini untuk memastikan masakan siap sebelum menjelang Asar.
Ketika itu, aku berfikir kembali tentang ibadah korban ini. Memang besar rahmatnya kepada kita semua. Yang kaya (dan pastinya beriman), akan berkongsi kekayaan yang ada dengan mengadakan korban dan kenduri untuk dinikmati semua. Pasti banyak ganjaran dan rahmat ALLAH kepada kita. Alangkah baiknya jika ibadat ini diteruskan di masa yang lain. Bukan hanya sekadar tunggu waktu Aidil Adha sahaja untuk menyembelih dan melakukan kenduri untuk semua jemaah di kawasan kita, seharusnya dapat dilakukan juga di lain masa jika ada kemampuan dan kelapangan.
Jadi orang kaya, memang hebat (?) Dengan kekayaan itu, dapat membantu kepada golongan yang tidak berkemampuan. Namun, masih ada antara kita yang mencemuh kepada orang yang kaya. Bila ada saja di kalangan kita yang kaya, pasti ada ada suara-suara sumbang yang berkata yang bukan-bukan. Sebenarnya, menjadi kaya tidak salah. Malah, kita sendiri dituntut untuk mencari kekayaan dunia selagi kita mampu. Dalam masa yang sama, kekayaan akhirat jangan ditinggalkan. Jika, kita menjadi kaya di kalangan masyarakat kita, pasti banyak perkara dapat kita bangunkan.
Rasanya, semua antara kita mengimpikan hidup senang dan menjadi orang kaya. (ada ke yang tak mahu menjadi kaya?) Namun, usaha dan keyakinan kitalah yang memastikan kita mampu untuk memikul kekayaan itu atau pun tidak. Jika usaha kita ‘ciput’, maka ciput jugalah hasil kita, jadi janganlah kita menyalahkan sesiapa jika kita dapat lihat orang itu kaya, dan orang ini kekal miskin. Memang tiada siapa nak hidup susah, namun setiap yang berlaku pasti ada sebabnya (dan sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui).
betul tu. kalau nak jadi kaya tapi duduk goyang kaki senang lenang, memang tak ke mana la jawabnya...
BalasPadambtul tu, klau usaha ciput, gaji pun ciput :P
BalasPadamorg munafik tu kalau selalu salah sangka org kaya yg bg derma..buktinya ada zaman Rasulullah
BalasPadamusaha tangga kejayaan..teringin juga nak buat korban unta :)
BalasPadam